e-Risalah USIM Jan-Mac 2023

BeritaKampus 03 GEMPABUMITURKIYE Alumni USIM sertai misi mencari dan menyelamat Muhammad Syukri Mohamad Misenan, alumni Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang kini sedang melanjutkan pelajaran Doktor Falsafah (PhD) di Turkiye telah telibat secara langsung dalam misi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di sana. Beliau yang telah menetap di Istanbul selama 3 tahun 6 bulan bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang Kimia di Yıldız Teknik Üniversitesi terkejut apabila mendapat panggilan dari Kedutaan Besar Malaysia di Turkiye untuk menjadi penterjemah bahasa antara doktor dan warga tempatan di Hospital Medan Malaysia (HMM) yang dibangunkan oleh Angkatan Tentera Malaysia di Çelikhan. M enurut Syukri, perjalanan ke lokasi yang terlibat amat mencabar disebabkan jalan yang masih ditutup akibat salji tebal dan licin. Beliau terpaksa menaiki helikopter bersama Angkatan Tentera Udara Turkiye dari Lapangan Terbang Adıyaman untuk sampai ke Çelikhan. “Setibanya di sana, suhu di kawasan HMM sangat ekstrem iaitu sekitar -4 darjah celcius pada waktu tengah hari kerana ia dikelilingi gunung bersalji. Bekerja bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia dalam cuaca yang ekstrem merupakan satu pengalaman yang baru bagi saya”, ujarnya lagi. Pengalaman ini bukanlah pertama kali bagi Syukri, kerana sejak di USIM lagi beliau tidak asing dengan misi kemanusiaan setelah terlibat dalam tiga misi Global International Student Outreach (GISO) USIM antaranya GISO ke Vietnam bersama Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) USIM pada tahun 2012, GISO ke Kemboja bersama Fakulti Sains dan Teknologi (FST) pada tahun 2014 dan GISO ke Lubnan bersama Alumni FST USIM pada tahun 2017. Muhammad Syukri Mohamad Misenan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=