e-Risalah USIM Jan-Mac 2023

Face of USIM 023 Selain itu, pihak Pusat Islam juga akan menganjurkan kursus- kursus seperti Kursus Pengurusan Jenazah, Kursus Penyembelihan, Kursus Imam dan Bilal, Kursus Pengurusan Masjid dan sebagainya secara terbuka kepada staf, mahasiswa dan mahasiswi USIM sebagai pembentukan kemahiran dan pendedahan awal kepada mereka sebelum berkecimpung dengan masyarakat di luar sana. Sebagai makluman tambahan, kami di Pusat Islam juga menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma kepada seluruh warga USIM dan keluarga terdekat yang mencakupi mandi, kafan, solat dan pengebumian jenazah. Semua perbelanjaan tersebut ditanggung oleh pihak Pusat Islam. Selain itu, kami juga menyediakan bantuan kewangan yang dikenali sebagai Musa’adah on the spot bagi staf dan pelajar USIM yang ditimpa kesusahan dan memerlukan bantuan kewangan dengan segera. Semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban staf dan pelajar USIM yang menghadapi kesukaran ketika ini. Harapan pada masa hadapan untuk KITM khususnya dan warga USIM amnya Saya berharap agar seluruh warga USIM dapat sama-sama mengimarahkan Pusat Islam, mendirikan solat berjemaah, menghadiri majlis-majlis ilmu dan memanfaatkan semua fasiliti dan kemudian yang disediakan di sini. Kedua, Pusat Islam berada di hati seluruh warga USIM dan masyarakat di luar sebagai sumber rujukan pengajian agama khususnya dalam penghayatan ilmu Naqli dan Aqli, dan ketiga, agar seluruh warga USIM dapat turut serta mengambil bahagian untuk berinfak kepada Pusat Islam sama ada melalui tabung-tabung yang disediakan atau secara potongan gaji bagi menyokong program-program pengimarahan yang bermanfaat di Pusat Islam. In sya Allah setiap ringgit yang diinfakkan akan dimanfaatkan sebaik mungkin dengan penuh amanah. Akhir kata, saya menjemput kepada semua pihak untuk memberikan sumbang saran kepada Pusat Islam agar kami dapat tambah baik lagi fungsi dan pelaksanaan aktiviti di Pusat Islam yang lebih bermanfaat. Memulakan pendidikan tahfiz al-Quran di Madrasatul Quran Kubang Bujok, Terengganu, beliau kemudiannya menyambung pengajian akademik sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Diploma Tahfiz al-Quran dan Qiraat di Maahad Tahfiz al-Quran negeri Melaka. Beliau seterusnya menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalambidang al-Quran di Fakulti al-Quran dan Pengajian Islam, Universiti IslamMadinah. Sekembalinya dari Madinah pada tahun 2006, beliau diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tutor di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) sebelum melanjutkan pengajian pada peringkat sarjana dalambidang al-Quran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan seterusnya memperoleh ijazah Doktor Falsafah dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dalambidang Pendidikan Tahfiz al-Quran.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=