e-Risalah USIM Jan-Mac 2023

Face of USIM 022 agar dekat di hati masyarakat sekitar IMARAH KOMPLEKS ISLAM Pernah menerima anugerah Khas Maulidur Rasul peringkat Negeri Melaka pada tahun 2021, apakah strategi Dr. dalam memanfaatkan kepakaran yang dimiliki? Alhamdulillah, saya pernah dikurniakan Anugerah Khas Maulidur Rasul peringkat Negeri Melaka sebelum ini. Pengurniaan anugerah ini merupakan salah satu pengiktirafan atas perkhidmatan yang saya berikan sebagai Imam Jemputan dan Imam Tarawih di Masjid al- Azim, Masjid Negeri Melaka sejak tahun 2010. Melalui pengalaman sebagai imam, pelbagai aspek pengurusan masjid seperti pengimarahan, pembahagian tugas staf, pelaksanaan program Hari Kebesaran Islam, pengendalian kelas-kelas takmir, pengurusan kebersihan dan keceriaan masjid, pengurusan sistem audio video, pengurusan media sosial dan sebagainya. Oleh itu, saya merancang untuk memanfaatkan pengalaman yang ada untuk mengimarahkan lagi Pusat Islam dengan menganjurkan pelbagai program agar dapat memberi manfaat kepada warga USIM dan penduduk sekitar in sya Allah. Fokus utama dan hala tuju yang akan dibawa dalam meneraju KITM dengan slogan “Pusat pembentukan masyarakat bertakwa, berpaksikan penghayatan ilmu Naqli dan Aqli” Fokus saya ialah keterlihatan USIM menerusi penganjuran program-program keagamaan di Pusat Islam. Perancangannya adalah dengan menonjolkan barisan pensyarah di USIM menerusi bidang kepakaran masing-masing. Sebagaimana yang kita maklum, kita mempunyai ramai tenaga pakar di USIM dalam pelbagai bidang. Justeru, saya cuba memanfaatkan Pusat Islam sebagai platform untuk membawa mereka ke hadapan dan lebih dikenali oleh masyarakat. Semoga dengan usaha ini, USIM lebih dikenali oleh pihak luar, sekali gus menjadi rujukan utama oleh masyarakat khususnya yang melibatkan penghayatan ilmu Naqli dan Aqli. Semoga ia juga menjadi tarikan kepada bakal mahasiswa dan mahasiswi untuk melanjutkan pengajian di sini. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di Pusat Islam Di Pusat Islam kami merancang pelbagai aktiviti, antaranya adalah dengan menganjurkan kuliah-kuliah maghrib pada setiap malam yang mencakupi pelbagai bidang seperti pengajian tafsir al-Quran, pengajian hadis, pengajian fikah, pengajian akidah, pengajian sirah, pengajian adab dan akhlak, pengajian talaqqi kitab dan sebagainya. Manakala pada hujung minggu pula, kami merancang untuk menganjurkan Kelas Tahfiz al-Quran dan Fardu Ain untuk kanak-kanak. Manakala untuk golongan dewasa pula kami sediakan Kelas Talaqqi al-Quran. Bagi mengimarahkan lagi Pusat Islam dengan kehadiran mahasiswa dan mahasiswi USIM, kami menyediakan makanan tengahari percuma pada setiap hari Rabu dan juadah berbuka puasa sunat pada setiap hari Khamis untuk 200 orang. Mula dilantik sebagai Pengarah Kompleks Islam Tuanku Muhriz atau lebih dikenali sebagai Pusat Islam USIM berkuat kuasa 1 Januari 2023 yang lalu, Dr. Muhammad Hafiz Saleh bukanlah asing dalam kalangan warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau merupakan antara staf akademik yang aktif dan turut diberi peranan memegang beberapa jawatan pentadbiran termasuklah sebagai Penyelaras Program Kerjasama Doha Academy of Tertiary (DATS) pada tahun 2020 dan Ketua Program Pengajian Quran dan Sunnah selama dua tahun iaitu dari tahun 2021 sehingga 2022. Ikuti temu ramah bersama beliau: DR. MUHAMMAD HAFIZ SALEH Pengarah Kompleks Islam Tuanku Muhriz

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=