e-Risalah USIM - Edisi Disember 2022

DISEMBER 2022 9 | pelajar doktor falsafah dan 40 orang pelajar sarjana (profesional dan sarjana sains). Di USIM, beliau aktif sebagai ahli jawatankuasa saintifik, ahli jawatankuasa penganjur, penasihat, juri, penilai abstrak dan artikel untuk 30 seminar antarabangsa dan tempatan (140 termasuk ketika dalam perkhidmatan sebelumnya). Sebagai pakar dalam bidangnya, beliau turut dilantik sebagai ahli lembaga editorial untuk Malaysian Journal of Pathology, Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences selain turut bergelar penilai untuk 12 jurnal antarabangsa dan 4 tempatan. Sementara itu, Profesor Dato` Dr. Roshada Hashim yang pernah menggalas jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USIM komited memartabatkan USIM sebagai sebuah Universiti Islam yang mengamalkan Maqasid Syariah melalui aktiviti penyelidikan dan diakui di peringkat antarabangsa. Usaha ini juga selari dengan naratif yang beliau bawa dalam membentuk ’Universiti Yang Berjiwa’, dan ’Pendidikan Untuk Kebaikan Awam’, selain memartabatkan ’Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals)’. Dalam tempoh 3 tahun perkhidmatan beliau sebagai TNCPI USIM, skor MyRA telah melonjak naik, serta penerbitan keseluruhan staf akademik USIM telah turut meningkat sebanyak 75% selain kejayaan permohonan geran penyelidikan meningkat sebanyak 50% berbanding sebelumnya. Profesor Dato` Dr. Roshada turut menggerakkan kerjasama bersama Perpustakaan USIM melalui penubuhan Polisi Akses Terbuka, hingga USIM menjadi universiti awam yang pertama di Malaysia yang menawarkan khidmat ini. Sejajar hasrat beliau dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals), beliau turut menubuhkan Pusat Kelestarian dan Kesejahteraan (C4SS). Sumbangan besar ini telah mengangkat beliau sebagai penerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) daripada DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti pada tanggal 14 Januari 2018. Penganugerahan darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato’ ini merupakan anugerah tertinggi beliau selepas dipilih sebagai penerima Anugerah Indira Parikh 50 Women in Education Leaders yang  disampaikan semasa World Education Congress di Taj Lands’ End, Mumbai, India pada November 2017. Profesor Dr. Hayati Abd Rahman Felo Akademik di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Profesor Dato` Dr. Roshada Hashim Karyawan Tamu di Fakulti Sains dan Teknologi

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=