e-Risalah USIM - Edisi Disember 2022

DISEMBER 2022 8 | Dua Profesor Terbilang USIMDianugerah Gelaran Profesor Amerita D ua Profesor terbilang USIM dianugerahkan gelaran Profesor Amerita sempena Majlis Konvokesyen ke-20 USIM baru-baru ini. Mereka adalah Profesor Dr. Hayati Abd Rahman kini merupakan Felo Akademik di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), manakala Profesor Dato` Dr. Roshada Hashim kini merupakan Karyawan Tamu di Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Profesor Dr. Hayati Abd Rahman mempunyai minat mendalam dalam bidang berkaitan bayi dan plasenta. Dengan Biasiswa Balabriga dari Switzerland, beliau telah menyertai program sangkutan dalam bidang patologi plasenta dan perinatal di Queen Victoria Women and Children Hospital, Adelaide, South Australia. Sebagai pakar patologi perinatal yang pertama dan satu-satunya di Malaysia, perjalanan kerjaya beliau sangat mencabar dan pada tahun 2004 beliau telah menubuhkan unit perinatal pertama di dalam negara yang menjadi pusat rujukan bagi Malaysia, Brunei dan Indonesia. Beliau telah berkhidmat sebagai pakar perunding patologi perinatal di banyak hospital termasuk Hospital Selayang, Serdang dan Gleneagles serta di UPM dan UKM. Di USIM, beliau pernah dilantik sebagai penyelaras perubatan forensik dan sehingga kini kekal sebagai profesor patologi yang tersohor. Merupakan seorang penyelidik yang aktif dengan penerbitan dan penyeliaan peringkat doktor falsafah dan sarjana selain cemerlang dalam bidang pengurusan dan sebagai ahli akademik. Sejak 2011 di USIM, bersama dengan penyelidik lain beliau telah memperolehi 15 geran penyelidikan (52 geran termasuk ketika di dalam perkhidmatan sebelumnya) daripada Kementerian Pengajian Tinggi bernilai RM1.4 juta (RM3 juta termasuk ketika di dalam perkhidmatan sebelumnya). Kesemua penyelidikan beliau tamat dengan jayanya dan mempunyai hasil penerbitan, prototaip, pelajar yang bergraduat dan memenangi beberapa anugerah penyelidikan. Profesor Dr. Hayati juga telah berjaya mempatenkan 4 produk daripada kajiannya. Sehingga kini beliau telah menyelia dan menjadi penyelia bersama untuk 20 orang

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=