e-Risalah USIM - Edisi Disember 2022
DISEMBER 2022 5 | Majlis yang berlangsung selama tiga hari yang melibatkan enam sidang ini turut menyaksikan pengurniaan Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) kepada Anis Syahira Suhaimi, graduan dari Fakulti Sains dan Teknologi, pengkhususan dalam bidang Sains Komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat), serta Syed Firdaus Iqmal Syed Zahir, graduan dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat, pengkhususan dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam di peringkat Sarjana Muda. Bagi Anugerah Canselor, penerimanya adalah Muhammad Hasiff Che Yusoff graduan program Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Muna Jawad Salman, bagi program Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Manakala bagi penerima Anugerah Lembaga Pengarah Universiti, dianugerahkan kepada Zahidah Mohd Abdul Raushin, graduan Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat), Fakulti Sains dan Teknologi dan penerima Pingat Emas Naib Canselor adalah Danish Akmal Kamal Aris, graduan Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan Kepujian, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Anis Syahira Suhaimi Zahidah Mohd Abdul Raushi Muhammad Hasiff Che Yusoff Syed Firdaus Iqmal Syed Zahir Danish Akmal Kamal Aris Muna Jawad Salman
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=