e-Risalah USIM - Edisi Disember 2022
S ebagai penghargaan kepada penyumbang badan korporat yang telah memberikan dana dan sumbangan kepada USIM, satu Majlis Apresiasi telah diadakan di Nilai Springs Resort Hotel bagi meraikan dan mengeratkan hubungan serta jalinan strategik USIM bersama 25 buah Badan-badan Korporat yang terlibat. Antara badan korporat yang hadir adalah Lembaga Tabung Haji, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), Etiqa General Takaful Berhad, Maybank Islamic Berhad, Prudential BSN Takaful Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad dan Petronas Bandar Baru Nilai. Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM telah diamanahkan untuk membantu pendanaan universiti melalui sumber wakaf, zakat, infaq, dan endowmen. Timbalan Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM, Prof. Madya Dr. Nurul Aini Muhamed dalam ucapannya berkata, pada tahun 2021, PWZ berjaya mengagihkan zakat sebanyak RM2,960,418.85. Manakala sebanyak RM2,473,375.00 bagi keperluan fakir miskin dan RM487,043.85 bagi program Fisabilillah. Beberapa program telah dirangka seperti Program Biasiswa Kecemerlangan Asnaf dan Program Agihan Zakat Korporat USIM 2022. Manakala bagi agihan infaq, program terlibat adalah Program Bantuan Makanan kepada pelajar ( Food for Needy ) dan Projek Bantuan Komputer Riba kepada Pelajar B40. “Bagi Program Biasiswa Kecemerlangan Asnaf pula, pelajar–pelajar asnaf dapat dibantu melalui Program Iqra’ TH IPTA, Biasiswa Zakat BPMB. Termasuk juga kepada sumbangan zakat yang dapat diagihkan melalui Program Agihan Zakat Korporat USIM 2022 untuk memberi manfaat kepada bantuan kewangan pelajar, projek keusahawanan pelajar dan juga sumbangan kerusi dental kepada pelajar Fakulti Pergigian”. Turut hadir meraikan para penyumbang, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti B ersempena sambutan Hari OKU Sedunia, seramai 22 peserta dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) Pembelajaran, Penglihatan dan Pendengaran mempersembahkan bacaan ayat Al- Quran secara Bahasa Isyarat dalam satu Majlis Khatam Quran OKU 2022 bertempat di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, USIM. Majlis anjuran Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah sinergi bersama Sekretariat Sahabat FAQEH USIM (SaF@USIM) ini disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Dr. Hj. Norakyairee Mohd Raus, Pengarah Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum USIM berkata, majlis Khatam Quran yang julung kalinya diadakan ini merupakan kemuncak program bersempena sambutan Hari OKU Sedunia. Ia memperlihatkan usaha meraikan kepelbagaian kategori OKU dan potensi mereka dalam membaca Quran. “Sebagai contohnya para peserta daripada OKU Penglihatan membaca Quran menggunakan kaedah Mashaf Quran Braille, OKU Pendengaran pula menggunakan Isyarat Kod Tangan Quran, manakala OKU Pembelajaran ada antara mereka yang mampu bersuara namun tersekat-sekat bacaan dan susah menyebut kalimah, tetapi tetap berusaha membaca semampunya. Ada juga dalam kalangan mereka hanya membaca dengan bantuan kekuatan audio dan visualnya dibantu Quran Digital”. Sepanjang sambutan Hari OKU Sedunia, pelbagai program telah dijalankan antaranya Pertandingan Penulisan Teks Khutbah Jumaat, Program Online Tadarus Tanpa Suara (TTS), dan Kursus Dakwah Tanpa Suara (KDTS). Majlis turut menyaksikan penyerahan sumbangan ‘kempen InfaQuran’ bernilai RM20,000.00 oleh Tuan Haji Ahmad Rasyid Haji Ismail, Yang DiPertua Pertubuhan Pendidikan Islam Kanak-Kanak Kelainan Upaya Malaysia (PI3KUM) kepada Pengerusi Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak Istimewa (FAQEH), Dr. Syar Meeze Mohd Rashid. USIMHargai Penyumbang Dana Zakat Universiti Julung Kali Anjur Majlis KhatamQuranOKU 2022 DISEMBER 2022 16 |
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=