e-Risalah USIM - Edisi Disember 2022
DISEMBER 2022 10 | Tiga Pasang Kembar Tamatkan Pengajian Hairul Iskandar bin Hairulnizam, graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian ini merupakan Pegawai Kadet Terbaik Pasukan Latihan Pegawai Simpanan USIM sempena Istiadat Pentauliahan Pegawai Kadet Universiti Awam pengambilan ke -40, turut dianugerahkan Anugerah Canselor sempena Majlis Santapan Malam Regimental PALAPES USIM di Hotel Royale Chulan Seremban. Beliau bersama ahli kumpulan turut mendapat Anugerah Khas IoT Jabatan Pertanian Negeri Sembilan dan Pingat Emas serta Pemenang Utama Pertandingan Rekacipta & Inovasi Nasional (PRIN 2021) bagi inovasi penanaman secara fertigasi iaitu Laman Prosumer Control System (LPCS). “Sebagai anak sulung dalam keluarga, saya tekad untuk bekerja sambilan pada hujung minggu sebagai seorang technician di sebuah syarikat pendawaian elektrik untuk menampung perbelanjaan sepanjang pengajian saya dan untuk mencari pengalaman serta menambah pengetahuan dalam bidang elektronik dan elektrikal”, ujarnya. Walaupun Hairul Iskandar telah ditawarkan pekerjaan sebagai Jurutera di sebuah syarikat automation, namun beliau telah menolak tawaran tersebut kerana ibunya mengharapkan beliau berada bersamanya di Johor. Wan Nur Ira Izlyn Wan Izani, 25, Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri anak keempat dari tujuh adik beradik ini merupakan anak kepada pasangan Wan Izani bin Wan Mahmood dan Wan Norazuri Wan Nik. Lima anak kepada pasangan ini menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM. Tiga daripada mereka telah bergraduasi adalah Wan Nur Ira Izyan, Wan Nur Ira Izrah, Wan Nur Ira Izfah dan yang bergraduasi pada konvokesyen ke-20 tahun ini Wan Nur Ira Izlyn. Manakala lagi dua masih dalam pengajian iaitu Wan Izani dan Wan Nur Ira Izzah. Tiga pasangan kembar bergraduasi pada Majlis Konvokeseyen ke-20 USIM. Mereka adalah Siti Mariana Ismail,23, dan adiknya, Siti Mariani,23, Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Makanan dan Ijazah Sarjana Muda Fizik Gunaan. Manakala Nur Najwa Zulkflee dan Nur Nabila Zulkflee, 23, keduanya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi. Pasangan kembar ketiga pula adalah Nurul Farhanah Abd Wahab, 24, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu dan Muhammad Fakrullah Abd Wahab, 24, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi. Pegawai Kadet Terbaik Palapes Genggam Ijazah 5 Beradik Keluaran PerubatanUSIM Hairul Iskandar Hairulnizam
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=