e-Risalah USIM - Edisi Disember 2021
8 | DISEMBER 2021 “Adakah patut kamu menyangka yang kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai ujian kepada kamu dan juga cubaan seperti yang telah berlaku kepada kaum-kaum terdahulu sebelum kamu. Mereka telah ditimpa dengan kepapaan, kemiskinan, serangan penyakit dan ancaman musuh”. Malah, Allah telah mengakhiri ayat ini dengan berfirman; “Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. Asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah.” Reda Didik Sifat ditimpa Musibah B elum pun reda serangan virus pembunuh COVID-19 yang melanda, negara sekali lagi dikejutkan dengan kejadian bencana banjir yang disifatkan sebagai antara yang terburuk pada abad ini. Bencana ini telah meragut banyak nyawa dan turut memusnahkan rumah, kenderaan, perkakasan rumah, haiwan ternakan dan banyak lagi. Ia juga turut mengundang kepada pelbagai penyakit bawaan air dan makanan seperti keracunan makanan, taun, demam kepialu (tifoid), disenteri dan Hepatitis A. Tambahan dari itu, tanpa kita sedar bencana banjir yang melanda ini telah memberikan kesan buruk terhadap kesihatan emosi dan psikologi mangsanya tidak kira sama ada golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Terkini, sehingga 27 Disember 2021, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, seramai 48 orang telah menjadi mangsa korban banjir di seluruh negara, manakala lima lagi masih hilang. Dalam berhadapan dengan musibah ini, tidak dinafikan bahawa adalah mustahil bagi jiwa seorang hamba untuk tidak berasa sedih dengan ujian yang menimpa sementelah ujian-ujian yang dilalui amatlah memeritkan seperti kehilangan orang tersayang, harta dan pekerjaan serta kesakitan dek wabak penyakit. Kadangkala, kita bergembira dan ada kalanya kita diuji. Kadangkala kita menyangkakan bahawa kehidupan kita akan tenang dan bahagia hingga ke akhirnya. Namun, di pertengahannya kit diuji dengan pelbagai ujian seperti pandemik COVID-19 dan bencana banjir yang melanda baru-baru ini. Kehilangan orang yang tersayang, harta benda, pekerjaan merupakan antara detik getir dan pahit yang herus ditelan oleh kebanyakan dari kita. Sebagai seorang muslim, harus kita ingat bahawa ujian ini tidak semestinya pahit malah kesenangan dan kegembiraan juga merupakan satu ujian buat diri kita yang bergelar hamba Allah. Kehidupan yang kita lalui ini pastinya ada pasang surut. Ada kalanya kita berada di atas dan ada kala kita berada di bawah. Namun. Ingatlah bahawa setiap daripada kita akan diuji dengan pelbagai ujian yang berbeza-beza, tanda kasih saying daripada yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Ujian yang telah Allah datangkan boleh muncul dalam beberapa keadaan dan bentuk sama ada ujian itu merupakan pengangkat darjat bagi orang yang beramal soleh dan beriman. Malah, ia juga boleh hadir dalam bentuk musibah sebagai salah satu cara pengampunan dosa dan penyujian jiwa. Selain itu, ujian juga boleh datang dalam bentuk bala sebagai memberi balasan atas kemungkaran dan kejahatan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 214 yang bermaksud; In Our Words Dr. Abdul Rashid Bin Abdul Aziz Pensyarah Kanan, Program Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=