e-Risalah USIM - Edisi Disember 2021

DISEMBER 2021 7 | Pengarah Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi yang turut serta dalam operasi ini berkata, sukarelawan yang disertai lebih 50 orang ini menunjukkan komitmen dan semangat kerjasama yang tinggi bagi meringankan beban kepada warga USIM yang terkesan akibat banjir yang melanda. Detik cemas bagi puan Maliza Mohd Nor bersama suami dan tiga orang anaknya meredah satu-satunya jambatan yang menghubungkan rumah mereka dengan jalan utama. “Bunyi dentuman kali ketiga menunjukkan tanda-tanda jambatan itu akan runtuh, kami bersyukur kerana sempat meredah jambatan dengan arus deras ketika itu. Tidak lama kemudian, sementara menunggu kenderaan yang membawa kami keluar dari situ, jambatan itu terus runtuh”. “Walaupun tidak dapat menyelamatkan harta benda, tapi harta yang paling berharga iaitu suami dan anak-anak ‘selamat’ depan mata, harta boleh dicari tetapi nyawa tidak dapat diganti”, ujarnya. Sehingga 24 Disember, sebanyak 24 kediaman telah dibantu dan turut terkesan adalah kediaman Ahli Lembaga Pengarah USIM, Ustaz Mohd Hariri Mohammad Daud yang terletak di Salak Tinggi. Dalam pada itu, di lokasi berasingan, seramai 30 mahasiswa dari Perkumpulan Anak-anak Negeri Sembilan (Pemanis USIM) telah menyertai Yayasan Munarah iaitu yayasan kebajikan Keluarga Di-Raja Negeri Sembilan dalam aktiviti pembersihan dan menyalurkan sumbangan berupa wang tunai, barangan keperluan asas dan kelengkapan solat kepada penduduk yang terjejas di kampung Lubok China, Rembau, Negeri Sembilan. Operasi bantuan yang diketuai oleh Y.M. Tunku Kecil Muda Tengku Dato’ Seri Hasmuddin Bin Tengku Othman mewakili Pengerusi Yayasan Munarah iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin ibni Tunku turut merakamkan terima kasih kepada Profesor Dato’ Dr. Muhammad Taufik Mohd Nor, selaku penasihat Pemanis Negeri Sembilan dan juga mahasiswa yang terlibat yang menyertai aktiviti pembersihan dari rumah ke rumah.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=