e-Risalah USIM - Edisi Disember 2021

5 | DISEMBER 2021 M erujuk kepada keadaan semasa berikutan bencana banjir yang melanda di beberapa kawasan di dalam negara, Pengurusan Universiti bersetuju untuk memberikan tempoh bertenang dan kelonggaran kepada semua Fakulti/Pusat untuk mengendalikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bermula 20 Disember 2021 hingga 24 Disember 2021. Fakulti/Pusat boleh menangguhkan kuliah atau dibuat secara tidak segerak/asynchronous dengan bahan mengajar dimuat naik dalam Sistem Global Open Access Learning System (GOALS) tertakluk kepada keperluan program pengajian tertentu. Kaedah pelaksanaan PdP juga tertakluk kepada Fakulti/Pusat masing – masing mengikut keperluan program pengajian masing-masing termasuk aktiviti pentaksiran seperti kuiz, ujian pertengahan semester dan penghantaran kerja kursus. Semua pelajar yang terkesan dengan bencana banjir boleh menghubungi Fakulti/Pusat masing – masing untuk maklumat terkini berkaitan aktiviti PdP. Fakulti/Pusat akan memastikan penyampaian program pengajian adalah berkesan dan mencapai kualiti program yang ditetapkan. Fakulti/Pusat akan memastikan aspek kebajikan pelajar diberi perhatian agar kesihatan fizikal dan mental pelajar sentiasa berada dalam tahap yang baik. Fakulti/ Pusat akan memantau secara berterusan dan menyediakan pelan tindakan bagi menangani isu-isu berbangkit. Bilik Operasi Bantuan Banjir USIM beroperasi di Pusat Sukan USIM bagi menyelaras bantuan berkaitan banjir dan sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 012-667 7628 60 (En. Nur Ekmal Buhary) atau 011- 3636 8191 (En. Hafez Fikri Adimat). S edih dan pilu Muhammad Hakimi Alif Rahman, penuntut Fakulti Sains dan Teknologi, USIM melihat rumahnya di Taman Sri Nanding, Hulu Langat Selangor ditelenggami banji besar baru-baru ini yang telah memusnahkan dan merosakkan pelbagai barangan termasuk keperluan pembelajaran beliau. Hakimi merupakan antara lima kumpulan pelajar USIM terawal yang merima sumbangan komputer riba baharu bagi menggantikan komputer riba mereka yang hilang dan rosak kerana bencana banjir. Sumbangan komputer riba ini telah diserahkan oleh wakil Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar pada semalam, Jumaat di kediaman masing-masing di Kuantan, Pahang dan Hulu Langat, Selangor. Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailan, USIM mengambil langkah proaktif seperti ini kerana cakna dan prihatin terhadap kejadian bencana banjir luar biasa ini telah merosakkan dan memusnahkan komputer riba yang digunakan mereka dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) sebelum ini. “Sebagai permulaan, Pengurusan Universiti telah meluluskan perolehan sebanyak 22 buah komputer riba melalui Pusat Wakaf dan Zakat USIM untuk diagihkan segera kepada pelajar yang terkesan” Sehingga 24 Disember 2021, seramai 119 orang pelajar USIM direkodkan terkesan dengan banjir dan universiti bersedia mempertimbangkan sumbangan tambahan komputer riba sekiranya terdapat keperluan. Selain itu, USIM turut menyelaraskan bentuk bantuan lain kepada pelajar yang terjejas banjir antaranya pembersihan kediaman, bantuan makanan kering, wang tunai, bantuan psikologi dan penginapan sementara di kolej kediaman dan rumah tamu universiti. PrihatinSiswa TerkesanBanjir, USIM Beri Tempoh Bertenang Sesi Pembelajaran USIMSumbangKomputer RibaBaharu Kepada Siswa Terkesan Bencana Banjir

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=