e-Risalah USIM - Edisi Disember 2021
DISEMBER 2021 20 | Hafost13 Kongsi Ilmu Industri Makanan Halal H alal Food Seminar (Hafos13) 2021 merupakan program tahunan anjuran mahasiswa tahun tiga Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi USIM. Seramai 257 peserta dari IPTA seluruh Malaysia turut serta di seminar secara dalam talian ini antaranya dari UKM, UITM, UTHM, UMT, dan UPM. Menurut saudara Muaz, pengarah program, objektif utama adalah untuk membuka minda masyarakat awam dan mahasiswa mengenai kepentingan dan pengetahuan yang komprehensif berkaitan industri makanan halal dalam kehidupan. Lima panel didatangkan khas dari industri halal dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyampaikan tiga slot bagi membincangkan isu semasa mengenai hal ehwal industri halal pada masa kini. U SIM membangunkan Aplikasi Tasdiq Al-Syahadah (TAS) bagi memudahkan pengesahan ketulenan skrol graduan. Aplikasi ini dibangunkan berasaskan teknologi blockchain oleh Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC), USIM dengan kerjasama iExploTech dan Sekretariat Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (IPTM) DLT Network. Tindakan proaktif dalam mencegah penipuan ijazah palsu ini diambil bagi menjaga reputasi dan integriti sijil akademik universiti. Aplikasi ini turut melalui proses penilaian oleh wakil pasukan Cyber Security Academia Malaysia (CSAM) yang dianggotai oleh pakar-pakar keselamatan siber Universiti Awam dan Swasta selain turut dinilai oleh wakil pakar keselamatan Cyber Security Bristol, United Kingdom. Aplikasi TAS USIM ini boleh dicapai oleh bakal majikan atau mana-mana pihak berkepentingan apabila sijil akademik diperlukan secara digital. Semakan maklumat skrol digital ini hanya boleh dibuat ke atas graduan yang telah memberi kebenaran kepada aplikasi TAS USIM bagi tujuan perkongsian maklumat sesuai dengan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA). Bagimenjaminketulenandankeselamatan aplikasi TAS USIM ini, pihak USIM telah menggunakan perkhidmatan Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) yang disediakan oleh pihak MAMPU. Ianya mampu menempatkan aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh mana-mana agensi Kerajaan secara berpusat sebelum dimuatnaik di Google Playstore. Aplikasi Tasdiq Al-Syahadah (TAS) Permudah Pengesahan Ketulenan Skrol Akademik PadangBolaUSIMjadi pilihan Persatuan Sukan Pekak Malaysia Social Responsibility (USR) bagi keperluan kepada Malaysian Deaf Sports Association untuk menyokong aktiviti pembangunan persatuan tersebut sekiranya mereka ingin menggunakan fasiliti dan kepakaran di USIM. Semoga usaha dan komitmen ini akan membantu badan- badan sukan ini untuk kemajuan sukan diperingkat komuniti dan negara. U pacara penuh bersejarah kerjasama Yakult Malaysia bersama Malaysian Deaf Sports Association (MSDeaf) iaitu Persatuan Sukan Pekak Malaysia bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah Pusat Sukan USIM yang turut dihadiri oleh lagenda bola sepak kebangsaan Jepun, Masashi Motoyama dan Yuki Tanigawa yang kini beraksi untuk Kelab Bola Sepak Kelantan United. Dalam masa yang sama Pusat Sukan USIM turut menawarkan khidmat sokongan komuniti melalui University
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=