e-Risalah USIM - Edisi Disember 2021

Campus News Penaung: YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor KetuaEditor: Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi Pengarah Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) SidangEditor: En. Mohd Zaini Othman Pn. Nor Fadzlina Azahari Pn. Noorumaina Mohamed Yunus En. Mohd Badrul HishamZakaria Pn. Saraina Kassim Konsep& Rekabentuk: Pn. Wahida Hj Abas En. Mohamad Hikhmal Hazali Fotografi: En. Kamarull Syamzari Kamaruddin En. Mohd Yusrizal Mohd Yunus 2 | DISEMBER 2021 Rumah Alumni dijadikan Pusat Sehenti merencana program alumni bersama alma mater Pusat Alumni dan Kerjaya Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima rezeki terpijak apabila menerima sebuah rumah berkonsepkan pejabat yang disumbangkan oleh RPG Education and Training Centre bernilai RM 130,000. Rumah berkeluasan 850 kaki persegi ini dibina dengan menggunakan konsep Sistem Binaan Berindustri (IBS) mengambil masa selama sebulan untuk disiapkan pembinaannya di Mizan Park USIM. S imbolik penyerahan rumah ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Dr Hj Zulkifli Mohamad Al- Bakri, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM dalam satu majlis pada Rabu. Dinamakan secara rasmi sebagai Rumah Alumni, ia akan menjadi pejabat operasi Persatuan Alumni USIM untuk merencana pelbagai program bagi merapatkan hubungan alumni dan universiti. Menurut Encik Asri Husain, Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya USIM, Rumah Alumni pada asalnya merupakan projek binaan di bawah program Kontraktor Rumah IBS (Profesional Installer IBS X BIM) yang mendapat geran Kebolehpasaran Graduan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Career Advancement (GE KPT- CAP) 2021. “Syarikat RPG Education and Training Centre yang berpusat di Seri Kembangan ini dilantik sebagai penyedia latihan program Kontraktor Rumah IBS (Profesional Installer IBSXBIM) yang disertai seramai 200 peserta yang terdiri daripada pelajar USIM sendiri bersama tujuh Universiti Awam lain iaitu Universiti IslamAntarabangsa Malaysia (UAIM), Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT)”, tambahnya. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Alumni USIM, Dr. Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin amat berterima kasih kepada Pusat Alumni dan Kerjaya dan RPG Education and Training Centre atas usaha menyediakan sebuah bangunan yang menjadi pusat sehenti yang kondusif untuk alumni USIM. “Saya berharap dengan kewujudan Rumah Alumni ini, kerjasama antara pihak USIM dan Persatuan Alumni USIM akan dapat terus diperkasakan Rumah Alumni turut mendapat sentuhan para alumni yang turut menyumbang beberapa kelengkapan seperti penghawa dingin, komputer, mesin pencetak dan perhiasan rumah.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=