e-Risalah USIM - Edisi Disember 2021
USIMterima200anakpokokhutandari JPNNS sempena Program Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 Negeri Sembilan USIMdan International Scientific-Research Center of ImamMaturidi, Uzbekistan Meterai Perjanjian Kukuh Jaringan Akademik U SIM menerima sebanyak 200 anak-anak pokok hutan daripada Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan (JPNNS) pada Program Penanaman Pokok di Arboretum USIM petang semalam sempena Program Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 Negeri Sembilan. Bertepatan dengan hasrat Universiti untuk menjadikan kampus USIM sebagai kampus lestari dan menepati Blueprint Kelestarian USIM di bawah Skop Biodiversiti dan Landskap - Kempen 1 Warga 1 Pokok, USIM turut mencadangkan agar sebuah Arboretum diwujudkan dan menjadi pusat koleksi tumbuhan hidup yang sekiranya jika dipelihara bermanfaat untuk tujuan penyelidikan, pemuliharaan germplasma dan pendidikan. Sebanyak 12 spesis pokok hutan telah ditanam antaranya Kembang Semangkuk Jantung (scaphium macropodum), Merbau (intsia palembanica), Sepetir Daun Nipis (sindora echinocalyx), Kapor (dryobalanops aromatica) dan Chengal (neobalanocarpus heimii) serta beberapa spesis lain. Program tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) dengan kerjasama Pusat Kelestarian dan Kesejahteraan USIM (C4SS), Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) USIM dan Institut Sains Islam (ISI) serta dirasmikan oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin. U SIM tingkatkan peluang penyelidikan dan penerbitan melalui kerjasama dua hala bersama International Scientific- Research Center of Imam Maturidi, Uzbekistan apabila memeterai Memorandum Perjanjian (MoU) dalam mencapai misi untuk melahirkan ilmuwan, pemimpin dan profesional yang kompeten berasaskan tradisi keilmuan Islam, nilai – nilai luhur agama dan budaya demi kesejahteraan sejagat. Antara kerjasama yang akan dijalankan bersama International Scientific-Research Center of Imam Maturidi, Uzbekistan ini termasuklah; Kerjasama dalam kajian dan pertukaran manuskrip sedia ada mengenai Aqidah, Falsafah Islam, sumber Islam dan ajaran Maturidiyyah; Pertukaran maklumat saintifik, kerjasama dalam kurikulum dan antara perpustakaan; Kerjasama aktif dalam aktiviti penyelidikan dan penerbitan; Perkongsian pengalaman antara penyelidik pusat/ fakulti; Perkongsian pengetahuan berkenaan pengintegrasian ilmu Naqli dan ilmu Aqli serta kerjasama lain yang berkaitan. Prof. Dato’ Ridza dalam ucapannya berkata, USIM kini sedang berusaha untuk menggembleng dan mengaktifkan kerjasama dengan banyak pihak antarabangsa khususnya bagi tujuan latihan, penyelidikan dan perkongsian kepakaran. Usaha bersepadu antara semua pihak amat diperlukan dalam melaksanakan agenda untuk memperbaiki ummah. Justeru, ilmu, kemahiran dan nilai berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah hendaklah dikongsi ke tahap optimum dalam konteks pengajian tinggi. DISEMBER 2021 19 |
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=