e-Risalah USIM - Edisi Disember 2021
18 | DISEMBER 2021 M ajlis Penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM sesi 2021/2022 kepada 27 barisan Ahli Majlis Tertinggi dan Exco telah berlangsung di Dewan Tuanku Canselor baru-baru ini. Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM. Barisan MPP diterajui oleh Muhammad Zaid Abdul Karim, 21, penuntut tahun 3 Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah telah dilantik secara rasmi sebagai Yang Dipertua MPP bagi sesi 2021/2022 bersama ahli-ahlinya yang dipilih melalui Pemilihan MPP yang diadakan pada 9 Disember yang lalu. Muhammad Zaid merupakan mantan Pengerusi Urusetia Latihan Pembangunan Mahasiswa sesi 2020/2021 membawa motto “Bersama Menginovasi Aspirasi” sebagai satu bentuk kesinambungan kepada dasar dan perancangan strategik MPP terdahulu. Jelas beliau, matlamat utama MPP kali ini adalah untuk membangunkan mahasiswa dengan memperkasakan budaya intelektual dan kemahiran tadbir urus yang efektif dan inovatif. Kepimpinan kali ini akan berganding bahu bersama pengurusan universiti dalam usaha melahirkan pelajar USIM yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik bahkan mampu memberi manfaat sehingga membawa arus perubahan dalam masyarakat dan orang di sekeliling. “Empat objektif utama kepimpinan MPP kali ini adalah untuk memastikan kebajikan mahasiswa terpelihara dalam setiap aspek melalui kerjasama pusat tanggungjawab dan badan pelajar berkaitan, memperkasa nilai prosumerisme dalam kalangan mahasiswa, mengintegrasikan budaya intelektualisme bersama dasar kerohanian melalui diskusi dan wacana ilmiah berimpak tinggi dan membudayakan nilai profesionalisme sebagai tunjang pengurusan organisasi”, ujar Muhammad Zaid dalam ucapan dasarnya sebagai Yang Dipertua MPP yang baharu. D alam pemilihan tersebut dua calon mencatatkan undian tertinggi iaitu Saudari Nurul ‘Aina Sofea Mohd Kamal yang bertanding untuk Kerusi Umum, yang merupakan pelajar tahun 3 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dengan catatan undi sebanyak 9,244 undi serta seorang lagi calon Kerusi Umum, Saudari Nur Alya Abdul Latif pelajar tahun 3 dari Fakulti Sains dan Teknologi dengan 9,109 undian. Dalam pemilihan tersebut, tiga fakulti mencatatkan peratusan mengundi tertinggi iaitu Fakulti Pemilihan MPP Sesi 2021/2022 catat 89.54 Peratus Turun Mengundi Pergigian (100%), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dengan (98.87%) dan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dengan 87.94%. Seramai 10,064 orang pelajar daripada 11,240 orang pelajar layak mengundi telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang sepenuhnya secara dalam talian menerusi platform eUNDI. 27 MPP USIM sesi 2021/2022 terima watikah pelantikan
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=