e-Risalah USIM - Edisi Disember 2021

NOVEMBER | DISEMBER 2021 17 | GraduanAutisme Ingin JadiPakarTeknologi ‘AhliSenat’ USIM Bergraduasi Kepada Golongan Berkeperluan Khas A hmad Zahiruddin Zailani, 25, meskipun dilahirkan sebagai anak istimewa yang mengalami masalah autisme, berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dengan Multimedia Dengan Kepujian, yang merupakan bidang pengajian yang diminatinya. Anak sulung dari lima beradik merupakan anak kepada pasangan Zailani Ahmad dan Hanes Mohd Nasir, dan bercita-cita menjadi pakar teknologi dalam bidang agama bagi golongan berkeperluan khas. Bapa dan ibunya yang masing- masing bekerja sebagai Ketua Jabatan Permodalan di Risda Berhad dan Guru di SMK Engku Husin Semenyih menjadi tulang belakang yang sentiasa menyokong dan memberi semangat kepada Zahiruddin sehingga beliau berjaya sehingga ke hari ini. M uhammad Amirul Aiman, 24, minatnya sebagai usahawan dipupuk sejak bangku sekolah lagi. Ketika belajar di sekolah rendah, beliau menjual kereta mainan percuma dari Colgate dengan harga 0.50 sen. Ketika di sekolah menengah pula, beliau akan mengumpul tempahan dadih setiap hari Jumaat dan ayahnya akanmembuat dadih tersebut untuk jualan beliau. Tidak hairanlah, Amirul telah dianugerahkan Anugerah Khas Keusahawanan ketika Majlis konvokesyen ke-19 USIM baru-baru ini. Aiman kini mengusahakan syarikatnya sendiri Aiman Zaihan Enterprise. Beliau mengusahakan perniagaan percetakan sejak 2018 dan memasarkan barangan basah. Beliau mempunyai pekerja antaranya adalah dalam kalangan penuntut USIM dan memperoleh anggaran pendapatan kasar sekitar RM150,000 sebulan. S yed Muhammad Ibrahim Syed Mud Pu’ad merupakan atlit sukan USIM yang mengharumkan nama USIM dalam arena sukan. Sukan tidak menghalang beliau untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran sekaligus meraih Anugerah Pingat Emas Naib Canselor di Majlis Konvokesyen ke-19 baru-baru ini. Sukan membantu kita untuk melepaskan tekanan, tidak hanya memfokuskan pelajaran semata-mata, tetapi harus pandai membahagikan masa dan mendisiplinkan diri antara aktiviti sukan dan belajar. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada staf Pusat Sukan dibawah bimbingan Encik Ekmal Buhary kerana banyak memberikan semangat dan dorongan sehingga saya berjaya memenangi beberapa anugerah sukan dalam olahraga dan badminton”. di Majlis Konvokesyen Ke-19 M uhammad Danial Akmal Hamdan, 24, graduan Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam Dengan Kepujian, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), merupakan mantan Yang Dipertua (YdP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2019/2020. Muhammad Danial juga merupakan Ahli Senat Pertama dari kalangan pelajar yang dilantik dan diberi tanggungjawab untuk turut serta dalam mendengar dan membahaskan isu-isu berkaitan pelajar di Mesyuarat Senat yang dibarisi oleh barisan Ahli Senat Pengurusan Universiti. Pada majlis konvokesyen ini, Danial turut dianugerahkan Anugerah Khas Kepimpinan Alumni yang disampaikan oleh Naib Canselor Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=