e-Risalah USIM - Edisi Disember 2021
NOVEMBER | DISEMBER 2021 16 | M eraikan hari bersejarah walaupun masih dalam tempoh berpantang (selepas bersalin), atas sokongan pasangan dan keluarga, pasangan Nabilatulkhilwa Khairi Ajmain dan suaminya Affan Nadzmi masing-masing merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Makanan Fakulti Sains dan Teknologi, manakala pasangan Syarifah Nurin Mawaddah El-Deen Syed Khairildin dan suaminya Akid Adly Ooi Azhar Ooi merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Bahasa Arab dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama, hadir untuk menerima ijazah pada Majlis Konvokesyen ke-19 USIM. W alaupun tidak dapat hadir ke USIM meraikan majlis konvokesyen bersama rakan-rakannya atas kekangan risiko yangperludihadapi seperti tempoh kuarantin, graduan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Nabila Laila Ramadany , tetap meraikan hari konvokesyen bersama keluarganya di Jakarta, Indonesia dengan menempah mortar board dan selempang khas yang diletakkan logo USIM sebagai kenangan. Beliau bercita-cita ingin menjadi seorang kaunselor kanak- kanak, kini sedang membuat persiapan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Kaunseling di USIM tidak lama lagi. G alakan serta sokongan dari seorang Ayah dan Ibu yang ingin melihat anak-anaknya meneruskan pengajian dalam bidang agama selepas menamatkan persekolahan menengah membuahkan hasil apabila empat anak perempuan pasangan Kamaruzzaman Mohd Ali dan Sarimah Basir berjaya menggenggam Ijazah di USIM. Mereka adalah Nazirah dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (2015), Nabilah dari Fakulti Syariah dan Undang-undang (2017), Najidah dari Fakulti Sains dan Teknologi (2019) dan Nafisah graduan Fakulti Sains dan Teknologi (2021). Mereka hadir membawa sepanduk empat generasi bagi meraikan adiknya yang bergraduasi pada Majlis konvokesyen ke-19 kali ini. B eliau pernah mendapat perhatian dari media-media akhbar tahun 2020 kerana kreatif menghasilkan miniature replika mini bangunan Canselori USIM daripada tanah liat polimer. Nur Izzati Mohamad Azizi adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Fizik Gunaan, bermula dengan hobi ‘suka-suka’ dan tidak berhasrat untuk menjadikan ia sebagai sumber pendapatan, namun atas sokongan kawan-kawan beliau tidak sangka karyanya mendapat sambutan yang menggalakkan. Anak keempat dari lapan adik beradik ini semasa pengajiannya di USIM sangat aktif menyertai pertandingan bakat dan seni antara mendapat Johan melukis doodle di ICEPS 2016, Johan USIM Got Talent 2020 dan Johan Fotografi Kreatif sempena Hari Alam Sekitar Negara 2020 anjuran USIM. K etika berada di tahun empat pengajian, Nur Izzati Elya Alfian graduan Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam Dengan Kepujian disahkan menghidap penyakit kronik Systemic lupus erythematosus (SLE) akhirnya berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada tahun ini. Izzati Elya dulu pernah mencuri perhatian warganet ketika isu lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) yang sedang hangat diperkatakan ketika itu. Beliau mendekati komuniti itu dengan menyampaikan dakwah melalui perkongsian di Tik Tok. Mesej yang disampaikan sangat berhemah agar komuniti tidak seharusnya dipandang hina, tetapi haruslah dibimbing dan dibantu untuk Kembali ke jalan yang benar. Coretan Konvo USIM
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=