e-Risalah USIM - Edisi Disember 2021
12 | DISEMBER 2021 USIM amat berbangga memiliki insan seperti beliau dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan beliau untuk pelajar dan alumni di USIM. M ajlis Penghargaan dan sesi ‘clock out’ Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM dihadiri oleh barisan pengurusan universiti. Anak jati Perak ini merupakan staf USIM yang pertama dilantik sebagai TNC (HEPA) di USIM. Beliau memiliki Ijazah PhD dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti of Exeter, United Kingdom. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah di Pusat Jaminan Kualiti, Dasar dan Kecemerlangan Akademik USIM (April 2018-Ogos 2018), Timbalan Pengarah di Akademik Kepimpinan Pendidian Tinggi (AKEPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (2015- 2017), Pengarah di Pusat Penyelidikan dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) pada 2012-2015, Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (2010-2012), Timbalan Dekan Akademik dan Penyelidikan (2008-2010) dan Ketua Program Dakwah dan Pengurusan Islam (2008-2010). Bukan saja aktif dalam bidang akademik, beliau juga aktif menerusi penulisan, penyelidikan, inovasi di peringkat nasional dan antarabangsa dalam pelbagai bidang seperti Integrasi Sains dan Islam, Rawatan dan Pemulihan Dadah berteraskan terapi psikospiritual Islam, Isu-isu Dawah Semasa, Perbandingan Kerohanian dan Kepimpinan Pendidikan Tinggi. Sehingga kini, beliau ialah ahli bersekutu di Harvard Business School (USA) dalam bidang kepimpinan dan pengurusan sejak 2016. Prof. MadyaDr. Mohd RushdanMohd Jailani dekat di hati pelajar
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=