e-Risalah USIM - Edisi Disember 2021
Ini kerana bidang ini meliputi lima major area termasuklah Pemasaran, Pengurusan, Operasi, Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Strategik. Semua bidang ini amat diperlukan pada masa sekarang dan boleh dimaterialisasikan untuk organisasi. Justeru, pihak saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurusan Universiti kerana merestui dan meluluskan pilihan saya untuk meneruskan pengajian dalam bidang yang dinyatakan kerana dengan green light yang diberikan, pihak saya dapat meneroka bidang ini dengan lebih mendalam untuk disesuaikan dan diaplikasi dalam organisasi selaras dengan keperluan semasa. UbahPersepi OrangRamai TerhadapPentadbir Yang Ingin MenyambungPengajianKe Peringkat Yang LebihTinggi. Kita berada dalam persekitaran dan ekosistem akademik, seharusnya kita mengambil kesempatan dan inisiatif untuk turut sama meningkatkan kebolehan dan intelektual sebagai seorang pentadbir setanding dengan staf akademik. Kita perlu ubah persepsi dalam kalangan masyarakat yang acap kali meletakkan golongan pentadbir sebagai second class citizen di Universiti. Inilah tanggapan yang ingin saya ubah. Golongan pentadbir juga adalah tulang belakang yang terlibat secara total dalam skop pengoperasian dan pengurusan. Justeru, ilmu yang diperoleh dari pengalaman ini boleh dimanfaatkan untuk kemajuan dan pembangunan universiti agar universiti dapat melangkah dengan lebih jauh setaraf dengan Institusi Pendidikan Tinggi terkemuka lain. PerancangandanKemajuan Kerjaya Selepas Penganugerahan Doktor Falsafah Buat masa kini saya masih kekal sebagai pentadbir dan In Shaa Allah akan terus membantu Universiti dalam usaha memastikan agenda universiti berjalan dengan lancar selari dengan misi dan visi universiti sebagai peneraju Integrasi Ilmu Naqli dan Ilmu Aqli. Saya juga turut galakkan pentadbir lain untuk menyambung pengajian. Tuntutlah ilmu selagi terdaya. Apabila kita memilih untuk menjadi seorang pentadbir dan sambung pula pengajian, fikirkan dan rencanakan dengan baik hala tuju karier dan perancangan pada masa hadapan. Ini kerana apabila kita memilih untuk berjuang dalam medan ini, kita mesti melaksanakannya dengan baik dan sehingga ke penghujungnya. Pembahagian masa yang baik memang perlu diterapkan. Bekerja keras dan konsisten. Kena selalu ingatkan diri sendiri apa tujuan untuk sambung pengajian kerana terlalu banyak perkara yang perlu dikorbankan. Sekiranya kita seorang yang gemar bersosial, ada kala kita perlu korbankan seketika gaya hidup tersebut. Walau apa pun, apa yang paling penting adalah, sentiasa berdoa dan dekatkanlah diri dengan Allah dan jangan pernah lupa tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Ambil peluang untuk bersedekah amal jariah dan semestinya, dapatkanlah restu daripada ibu bapa. Ini kerana, keberkatan dan doa ibu bapa amat mustajab. In Shaa Allah kita akan berjaya sekiranya kita menjaga perkara-perkara tersebut. Dalam bidang profesional dan organisasi, apa yang saya ingin tekankan adalah, tunjukkan keunikan kita sebagai sebuah universiti yang berteraskan Ilmu Naqli dan Aqli. Perkukuhkan hubungan dan engagement sesama pentadbir, dan berkongsilah ilmu yang ada seadanya untuk tingkatkan profesionalisme pentadbir. Bagi rakan-rakan yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Siswazah, seseorang itu perlu mempunyai daya tahan, keazaman dan semangat yang tinggi. Kebolehan merancang kerja dan bijak membahagikan masa untuk memastikan gaya hidup kekal seimbang. Berkongsi pengalaman, boleh dikatakan ketika menyambung pengajian, saya kebiasaannya tanpa gagal, lebih selesa melaksanakan tugasan bermula daripada pukul 9 malam sehingga ke pukul 2 pagi. Iaitu selepas menhabiskan tugas hakiki. Alhamdulillah, dengan perancangan yang baik, saya berjaya menerbitkan enam buah jurnal dan dua daripada jurnal-jurnal tersebut merupakan jurnal berimpak. Aplikasi BidangPengajianDalam Kerjaya Berkata tentang bidang pengajian Doktor Falsafah Ekonomi dan Muamalat dalam mod Penyelidikan Gunaan Industri ini, kajian yang dilaksanakan bagi memenuhi keperluan program ini meliputi bidang-bidang utama yang sering diaplikasikan dalam organisasi dan program baharu ini merupakan satu program pengajian yang amat baik, sesuai untuk pengamal pentadbiran dan pemain industri. DISEMBER 2021 11 |
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=