e-Risalah USIM - Edisi Disember 2021
Nama Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi , Timbalan Pendaftar KananUSIMyang jugamerupakanPengarahdi Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) bukanlah asing dalam kalangan warga USIM. Beliau merupakan antara staf yang terawal berkhidmat di USIM yang menyaksikan perkembangan institusi ini bermula sejak dari awal penubuhan sehingga kini. Majlis Konvokesyen Ke-19 USIM yang telah melabuhkan tirainya pada 30 November 2021 yang lalu merupakan detik bermakna buat beliau apabila dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah Ekonomi dan Muamalat dalam mod Penyelidikan Gunaan Industri iaitu sebuah program baharu di USIM. Kejayaan beliau menggenggam ijazah di peringkat tertinggi itu memberikan inspirasi kepada semua pentadbir Universiti untuk mengikut jejak yang sama dalam mencapai hasrat memartabatkan profesion pentadbir. Ikuti temu bual bersama beliau. Kepada Golongan Pentadbir Inspirasi CabaranDalamMenghabiskan Pengajiandi Peringkat Ijazah Doktor Falsafah S ebagai seorang pentadbir Universiti yang terlibat sepenuhnya secara pentadbiran, cabaran dalam menyambung pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah ini merupakan satu cabaran yang besar kepada saya kerana sedia maklum, saya menyambung pengajian di peringkat tertinggi ini tetapi dalam pada masa yang sama saya turut melaksanakan tugas hakiki yang diamanahkan disebabkan kekangan peruntukan cuti belajar. Tambahan ketika itu saya turut memegang portfolio yang agak berat, iaitu sebagai Ketua Bahagian Pengurusan Akademik (KBPA) dan seterusnya sebagai Pengarah Pusat Komunikasi Strategik. Sedikit sebanyak ini bukan sahaja mempengaruhi emosi dan spiritual, tetapi juga fizikal. Meskipun demikian, saya memegang kepada kata-kata pujangga Arab iaitu “ Utlubul ‘ilma minal mahdi ilal lahdi ” yang bermaksud “Carilah (tuntutlah) ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad”. Hasrat untuk menyambung lagi pengajian ini datang secara natural, wujud satu perasaan seolah-olah ada sesuatu yang masih belum dicapai. Tetapi akhirnya saya mengambil keputusan meneruskan langkah tersebut dan berjaya membuktikan pentadbir juga mampu untuk mencapai kejayaan di peringkat ini. TipsDanPengurusanMasa Sejujurnya sebagai seorang insan biasa, saya juga hampir menyerah. Ini berlaku di tahun kedua pengajian saya. Dirasakan terlalu banyak perkara dan tanggungjawab yang perlu diberi perhatian. Juga terlalu banyak perkara yang perlu dikorbankan. Ini termasuklah pengorbanan masa peribadi dan wang ringgit, di samping terpaksa melupakan minat kepada sukangolf yangdiminati.Terlalubanyak perkara yang perlu dikorbankan dalam melaksanakan tuntutan tugas sebagai seorang pelajar dan pekerja. Faces of USIM DISEMBER 2021 10 |
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=