e-Risalah USIM - Edisi Ogos 2021

Fungsi yang terdapat pada Automatic Distribution System membolehkan kawalan pada kekerapan dan kuantiti siraman air, baja dan racun pada tanaman secara automatik melalui ‘arahan’ yang diterima dari kotak kawalan berdasarkan analisis data yang diterima dari alat pengesan (sensor) yang di pasang di sekitar tanaman. Melalui teknologi Dosing System pula, ia akan memastikan nisbah campuran cecair baja yang tepat dapat diperolehi setelah mengambil kira bacaan kekonduksian elektrik di dalam tangkI campuran, nilai pH, paras air, paras hujan, suhu air dan kelembapan tanah. Monitoring System berfungsi untuk mengawal paras air di dalam tangki khas yang digunakan untuk sistem fertigasi sentiasa mencukupi. Kesemua sistem ini dihubungkan ke ‘e-Prosumer Control System’ yang merupakan kotak kawalan utama kepada pengoperasian LPCS. Inovasi ini juga boleh beroperasi secara manual sekiranya terdapat gangguan capaian WI-FI di antara kotak kawalan dan peranti. Ciptaan ini jika diluaskan penggunaannya dalam tanaman fertigasi akan memberi nilai tambah tersendiri antaranya penjimatan kepada kos tenaga kerja dan pembajaan, penambahbaikan kualiti tanaman dan hasil yang dikeluarkan dan lebih menarik segala proses fertigasi dapat dipantau secara terus di hujung jari sahaja. Dengan kos keseluruhan sekitar RM600.00 bagi penanaman antara 100 ke 200 pokok, ciptaan ini mempunyai potensi menarik golongan muda menceburi bidang pertanian, membantu dalam mengembangkan bidang pertanian tepat (precision agriculture), meningkatkan jaminan food security serta selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030. 9 | OGOS 2021

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=