e-Risalah USIM - Edisi Ogos 2021

GabungkanTeknologi IoT dalamtanamanfertigasi M engawal proses pembajaan, siraman dan meracun tanaman di ladang dengan hanya menggunakan telefon pintar, itulah inovasi yang dihasilkan oleh siswa USIM melalui ciptaan Laman Prosumer Control System (LPCS) yang mengintegrasikan teknologi Internet of Things (IoT). Ciptaan inovasi yang memberi nilai tambah kepada penanaman secara teknik fertigasi yang semakin meluas kini merupakan hasil projek sekumpulan pelajar tahun tiga Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina USIM iaitu Muhammad Khairuz Zihani Kelana, 22; Hairul Iskandar Hairul Nizam,22; Nur Syuhada Amir, 22; dan Siti Sarah Nabila Nor Zawawi,22. Menurut Ketua Projek, Khairuz Zihani, projek inovasi yang mereka hasilkan ini merupakan sebahagian daripada tugasan bagi subjek Reka bentuk Projek Kejuruteraan Elektronik yang diambil oleh pelajar tahun tiga. “Inovasi Tiga fungsi utama di dalam LPCS ini dibangunkan setelah mengambil kira permasalahan yang kebiasaannya dihadapi oleh petani sistem fertigasi. Melalui pemerhatian tanaman tembikai wangi di Laman Prosumer, tiga masalah utama yang dikenalpasti adalah yang pertama, petani perlu menyembur racun secara manual di keseluruhan tanaman  secara berkala yang kami cipta ini amat sesuai untuk digunakan di ladang pertanian berskala kecil yang menggunakan keadah penanaman fertigasi. Kebetulan di dalam kampus USIM, Jabatan Keselamatan ada mengusahakan penanaman tembikai wangi secara kecil-kecilan menggunakan kaedah fertigasi di Laman Prosumer” “Kebun tembikai wangi di Laman Prosumer ini menjadi perintis kepada penggunaan ciptaan LPCS yang mempunyai tiga fungsi utama iaitu Automatic Distribution System; Dosing System; dan Monitoring System. Ketiga-tiga sistem ini dibangunkan berteraskan IoT yang membolehkan ia dikawal sepenuhnya oleh petani menggunakan telefon pintar atau tablet melalui sambungan secara modul WI-FI. Pengguna tanpa perlu lagi berada di ladang, boleh mengawal kesemua sistem ini untuk berfungsi mengikut keperluan masing-masing di peranti sahaja melalui aplikasi ‘e-Prosumer’ yang turut kami bangunkan sendiri” ujar Zihani. bagi mengawal serangan kulat dan serangga yang berpunca dari perubahan cuaca hujan dan panas. Keduanya, petani hadapi kekangan untuk mendapatkan dan mengekalkan nisbah campuran baja yang tepat untuk sistem fertigasi dan lebih menyulitkan apabila sistem fertigasi yang menggunakan pemasa (timer) ini akan tetap  berfungsi walaupun semasa hujan. Masalah ketiga adalah untuk memastikan setiap pokok menerima siraman yang mencukupi setiap hari kerana untuk memeriksa kelembapan tanah bagi setiap pokok akan mengambil masa yang panjang dan tidak efektif. Research & Innovation 8 | OGOS 2021

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=