e-Risalah USIM - Edisi Ogos 2021
3 | memberi kesan yang buruk terutamanya kepada generasi akan datang. Jelas beliau, dalam era pandemik yang sedang kita hadapi kini, kita hendaklah bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama serta saling bantu-membantu dalam meringankan beban yang ditanggung. Selain itu, kita juga hendaklah bersangka baik dan meneruskan ikhtiar bagi membendung penularan virus Covid-19 daripada terus tersebar. “Hal ini secara tidak langsung dapat memupuk nilai-nilai positif serta mahmudah dalam diri setiap muslim dan melahirkan ummah yang sejati. Marilah sama-sama kita menghayati tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini dengan penghayatan yang mendalam. Marilah kita mentajdid niat dan membulatkan usaha dan tekad untuk memperbaiki diri serta amalan dalam kehidupan seharian bersesuaian dengan semangat Hijrah untuk mencapai hasrat ‘ummah berkualiti’ yang menjadi tujuan kita semua. Semoga segala usaha murni yang kita lakukan pada tahun ini diredhai oleh Allah SWT dan diganjarkan dengan pahala yang yang berlipat kali ganda daripada-Nya”, ujarnya lagi. S elari dengan misi dan visi USIM dalam menghasilkan penyelidikan yang memberi impak kepada masyarakat, satu Aplikasi mudah alih yang berasaskan konsep pendidikan Islam Prasekolah oleh Al-Ghazali dan Nasih Ulwan iaitu Muslim Teachers’ Guide telah dibangunkan bertujuan untuk melahirkan generasi Rabbani. Aplikasi mudah alih ini sangat signifikan ketika ini terutamanya ketika masyarakat mendepani krisis ekonomi dan sosial akibat pandemik Covid-19 di mana penyampaian modul asas pendidikan Islam dapat membantu para guru dan ibu bapa mendidik anak-anak mereka dari rumah. Aplikasi ini adalah berdasarkan hasil penyelidikan kualitatif yang dijalankan oleh Kumpulan Penyelidik Muslims in Creative Media Industries (MiCMI) USIM. S eramai 921 orang pelajar baharu Program Tamhidi Sesi Akademik 2021/2022 USIM telah menjalani sesi Taaruf secara dalam talian mulai 5 hingga 8 Ogos 2021. Sebanyak empat program yang ditawarkan iaitu Tamhidi Syariah dan Undang- Undang, Tamhidi Perakaunan dan Muamalat, Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi dan Tamhidi Perubatan, Pergigian dan Sains. Pelajar perlu melengkapkan taaruf selama 5 jam menggunakan platform Global Open Access Learning System (GOALS). Antara segmen baharu yang diperkenalkan adalah SOP Covid-19 dan Taklimat Etika di Media Sosial. Walaubagaimanapun seramai 28 orang pelajar yang berkeperluan untuk berada di kampus secara fizikal telah mendaftar masuk mulai hari ini dan 15 Ogos 2021. Kemasukan ini berdasarkan kepada Enam Kategori Pelajar Berkeperluan Khas bagi Kemasukan Pelajar ke Kampus Secara Fizikal Mulai 1 Mac 2021 oleh pihak KPT. Momen@USIM Pelajar Baharu Program Tamhidi USIM Sesi Akademik 2021/2022 Jalani Taaruf Secara dalam Talian USIM lancar Muslim Teachers’ Guide, Aplikasi Mudah Alih Berasaskan Konsep Pendidikan Islam Prasekolah https://bit.ly/3DoZhAm Jom Tonton #USIMLive MediaSosial : HijrahTakSampai OGOS 2021
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=