e-Risalah USIM - Edisi Ogos 2021

SambutanMaal Hijrah 1443H “MANHAJRABBANI UMMAHBERKUALITI” 2 | Campus News Penaung: YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor KetuaEditor: En. Hammad Farhi Mohd Saudi Pengarah Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) SidangEditor: En. Mohd Zaini Othman Pn. Nor Fadzlina Azahari Pn. Noorumaina bt Mohamed Yunus En. Mohd Badrul HishamZakaria Pn. Saraina Kassim Konsep& Rekabentuk: Pn. Wahida Hj Abas En. Mohamad Hikhmal Hazali Fotografi: En. Kamarull Syamzari Kamaruddin En. Mohd Yusrizal Mohd Yunus S ambutan Maal Hijrah 1443H peringkat USIM dianjurkan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting, juga dapat dicapai melalui Facebook USIMTV dan juga saluran Youtube USIMTV. Bertemakan “Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti”, program anjuran Pusat Islam dan Badan Kebajikan Kakitangan USIM ini membawakan pengisian rohani maal hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Aizuddin Abd Aziz, Timbalan Pengarah Institut Sains Islam USIM. Dalam ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Aizuddin Abd Aziz, beliau mengatakan bahawa apabila membicarakan topik Tahun Baru Islam atau Maal Hijrah, dua perkara yang tidak dapat kita lepaskan dalam perbincangan ini iaitu, mengingatkan kita berkenaan perpindahan masa, masa yang telah kita tinggalkan dan masa yang bakal kita lalui sekiranya diizinkan oleh Allah. “Perpindahan masa ini bukanlah semata mengingatkan kita pada usia yang makin meningkat, akan tetapi mengingatkan kita tentang amanah, amanah usia yang diberikan kepada kita adakah telah digunakan dengan sebenarnya untuk mentaati Allah, sekiranya ia berlaku kita bersyukur atas nikmat tersebut, namun apa yang membimbangkan adalah adakah amalan-amalan secara zahir itu merupakan amalan soleh yang akan diterima oleh allah. “Dan adakah usia yang telah kita tinggalkan itu adalah usia yang tidak diredhai oleh allah, maka yang tinggal kepada kita adalah dengan memohon keampuan kepada Allah. Inilah anjuran peringatan para ulama’ nyatakan kepada kita agar kita berdoa kepada Allah memohon keampuan kepada Allah”. Manakala dalam ucapan aluan Naib Canselor Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin, beliau mengajak warga USIM untuk sama-sama menghayati dan mencontohi sifat-sifat terpuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan membuang segala sifat-sifat negatif seperti hasad dengki serta fitnah yang boleh meruntuhkan perpaduan dan kesejahteraan sesama ummat dan OGOS 2021

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=