e-Risalah USIM - Edisi Ogos 2021
15 JULAI 2021 | Hakikatnya, sukan bukan acara di gelanggang atau medan mencari jaguh serta menggilap bakat-bakat baharu semata-mata, bahkan memupuk semangat kesukanan serta perpaduan rakyat. apa khabar para pekerja yang dipotong gaji yang tak seberapa? apa khabar penganggur paksarela? apa khabar peniaga tua dan muda? semua akalfikir sudah tenggelam punca kais pagi petangnya menahan lapar dahaga ayam dan ikan kembung melambung harga sedangkan di dapur anak- anak kecil menangis hiba betapa ramai ketua keluarga kehilangan kerja betapa ramai yang menjadi miskin papa kedana sudah berminggu- minggu menjamah lara ayah berputus asa ibu bersela duka seluruh pemilik tanahair ini telah kering airmata hilang punca kepada siapa nak mengadu duka? Menulis sejarah itu mudah, jika kedaulatan Raja tergamak dipersenda titah baginda langsung tidak dicakna bersidang sekadar mencongak kerusi di depan mata pohon perlembagaan ditebang dahan teduhnya rukun negara pun terlupa nak baca apatah lagi mahu menyelami makna sedarlah kuasa memecahbelahkan kita sedarlah perpaduan sudah berusia senja keharmonian sudah berganti sengketa negara sedang dilanda gelora jika tidak ditangani segera kelak bencana menanti masa untuk merubah segala- galanya. Menulis sejarah itu mudah, jika tidak mencipta berbagai alasan masa depan perlu ditulis dengan panduan bukankah kita telah dihadiahkan al-Quran selami dan hayati segala pesanan barulah kuasa semakin utuh dijahit keimanan percayalah, rakyat sedang memberi perhatian Tuhanmu sedang memberi ujian Kita hamba sedangkan Allah itu Maha Berkuasa pada setiap ketentuan jika ingin mendapat barakah tinggalkan kejahatan dan kembalilah ke jalan kebenaran. Memanglah menulis sejarah itu mudah, pahit tidak ditelan zaman, manis membukitkan angan- angan. garisahku berbisik, “negara ini ada sejarah yang ingin ditulis semula”. Adiwangsa Sukma, KAJANG OGOS
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=