e-Risalah USIM - Edisi Ogos 2021

JULAI 2021 14 | Ambil semangatOlimpikTokyo 2020kukuhperpaduan MENULIS SEJARAH ITU MUDAH (Kisah parlimen, rasuah dan kronisme, politik dan politikus, kesengsaraan rakyat, Raja berperlembagaan, masa depan dan hidup ber-Tuhan) Menulis sejarah itu mudah, jika lantang suara menjadi takaran juara maka berbondong- bondong isu negara diangkat dan disogok ke dalam minda berhujah seperti lupa diri di dalam dewan yang mulia terpekik terlolong menjadi pesta menguji suara berebut pembesar suara lagaknya tak ingat dunia tua dan muda bertekak mengalahkan orang gila gila kuasa dan kedudukan di persada negara bagaimana nasib rakyat akan terbela? Menulis sejarah itu mudah, kerana tanpa rasa bersalah adakah amanah? rakyat semakin keliru siapakah yang bersalah? kiriman di media sosial asyik rakus berbalah rasuah dan kronisme menjadi pegangan pemimpin lemah kejayaan yang tidak seberapa terserlah kelemahan sengaja ditokok tambah kebenaran amat jarang berlabuh singgah kedudukan sering mengundang megah kekalahan sekadar menguji tabah kini maruah bangsa telah punah tanahairku dilanda masalah. Menulis sejarah itu mudah, jika perasaan malu sudah mati politikus menjadi semakin berani ada yang rasis sehingga lupa asal- usul diri pemimpin muda didoktrin politik benci sejarah bangsa tidak pernah diteliti pemimpin senior asyik mengidamkan kerusi di dada akhbar berkuburnya segala janji membusung fitnah di serata negeri DUN menjadi pasar berjual-beli agama menjadi helah melepaskan diri mereka lupa segala amanah yang dipatri berebut nak menjadi Perdana Menteri dan jemaah Menteri akhirnya kerajaan kini lemah dan separuh mati pembangkang kerjanya menyemai benci ingat! orang luar menunggu kita wahai YB di tangan mereka ada belati, hati- hati!. Menulis sejarah itu mudah, kerana menjenguk rakyat bukan lagi pokok bicara apa khabar rakyat jelata? O limpik 2020 di Tokyo menyingkap 1001 kenangan suka dan duka kepada atlet, penganjur, petugas dan penyokong dari seluruh dunia termasuk Malaysia. Ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach menyifatkannya sebagai pengembaraan Olimpik paling mencabar kerana dunia masih lagi bertarung dengan pandemik COVID-19. Lebih dua minggu temasya berlangsung dalam norma baharu khususnya atlet berdepan langkah pencegahan dan kawalan ketat di perkampungan Sukan Olimpik setiap masa. Malah, acara pembukaan dan penutupan berlangsung tanpa kehadiran penonton. Olimpik Tokyo 2020 mencatat sejarah luar biasa apabila hampir semua acara berlangsung di gelanggang tanpa kehadiran penonton kecuali atlet, wakil media dan pegawai sukan. Semangat kesukanan luar biasa dapat dilihat tatkala keadaan semasa menjadi kekangan utama tetapi mentaliti Sukan Olimpik pada tahap terbaik. Hakikatnya, sukan bukan acara di gelanggang atau medan mencari jaguh serta menggilap bakat-bakat baharu semata-mata, bahkan memupuk semangat kesukanan serta perpaduan rakyat. Olimpik Tokyo 2020 diharapkan mengeratkan silaturahim antara masyarakat berbilang kaum dengan semangat dengan semangat muhibah kesukanan untuk mengejar misi negara. Ini boleh dilihat rakyat sehati sejiwa memberi sokongan padu kepada atlet sepanjang temasya ini. Kemampuan sukan menjadi landasan terbaik memupuk perpaduan bukan retorik, sebaliknya realiti yang sudah dibuktikan. Fahaman politik berbeza, kepelbagaian agama dan bangsa tidak menjadi halangan untuk menunjukkan tanda sokongan terhadap kontinjen negara. Slogan Malaysia Boleh dan Demi Malaysia dilaungkan dengan penuh semangat sambil memegang megah Jalur Gemilang. Justeru, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu terus berusaha menjadikan sukan sebagai wadah terbaik untuk memupuk dan menyemarakkan semangat kesukanan dalam pelbagai peringkat umur dan latar belakang masyarakat. Ucapan khas untuk atlet Malaysia bertanding hingga berjaya membawa pingat perak dan gangsa menjadi kebanggaan negara. Malaysia berjaya meraih satu pingat perak dalam acara keirin lelaki melalui Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan pingat gangsa oleh beregu lelaki badminton, Soh Wooi Yik dan Aaron Chia. Pencapaian ini amat membanggakan seluruh rakyat. Ia adalah kejayaan bersama hasil usaha atlet dan semangat serta sokongan tanpa henti seluruh warga. Arigato Malaysia! Dr Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat OGOS

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=