e-Risalah USIM - Edisi Ogos 2021

S uasana pandemik yang melanda seluruh dunia kini telah membawa kepada satu anjakan ilmu kepada semua manusia di dunia berkaitan sains. Masyarakat dalam pelbagai kategori dan latar belakang masing-masing membuat pencarian dan pembacaan melibatkan kajian para saintis yang dikaitkan dengan virus, pencegahan, vaksin dan rawatan. Situasi ini membawa kepada satu pendedahan ilmu baru kepada masyarakat tentang peranan saintis yang mungkin kurang diketahui dan disedari kewujudan mereka. Secara umumnya, para saintis boleh ditemui di semua negara di dunia. Namun, perbezaan yang dapat dilihat adalah keberadaan mereka di kalangan masyarakat sama ada dikenali atau sebaliknya. Sama seperti kerjaya- kerjaya yang lain, pesekitaran para saintis juga adalah di dalam kelompok bidang mereka. Masyarakat mungkin beranggapan para saintis adalah kelompok individu yang duduk ‘terperuk’ di dalam makmal sepanjang masa dan tidak bercampur gaul dengan orang-orang sekeliling. Hakikatnya, para saintis kini sudah terlihat keberadaan mereka bukan sahaja di kalangan profesional bahkan dalam kalangan orang-orang awam. Setiap profesion atau kerjaya mempunyai hala tuju dan kepentingan dalam masyarakat. Kerjaya saintis merupakan satu kerjaya yang profesional dan ditemui dalam pelbagai sektor dan bidang. Keberadaan mereka boleh ditemui sama ada di universiti mahupun di pusat-pusat penyelidikan. Peranan mereka adalah dengan menjalankan penyelidikan atau kajian dan mengumpulkan data untuk dianalisis bagi memahami sesuatu keadaan secara terperinci agar dapat diterjemahkan sebagai bentuk pengetahuan yang baru atau memperoleh penyelesaian bagi sesuatu permasalahan. Para saintis membuat hipotesis atau membentuk sesuatu teori, kemudian mengujinya Adaapa pada saintis? 12 | OGOS 2021

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=