e-Risalah USIM - Edisi Ogos 2021
Moratorium atau ‘cuti dari pembayaran’ adalah amalan perbankan yang kedengaran agak asing dalam masyarakat sehinggalah kita dilanda pandemik Covid-19 yang sudah menjangkau hampir dua tahun. Moratorium 2.0 adalah kesinambungan dari Moratorium 1.0 yang dilaksanakan secara menyeluruh atas inisitif kerajaan, dan dilaksanakan oleh institusi perbankan negara bagi mengurangkan bebanan kewangan masyarakat. Seawal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal 2020, kita telah menyaksikan kumpulan B40 adalah yang paling awal terkesan dengan pandemik berikutan kehilangan punca pendapatan. Kesan dari penyebaran Covid-19 yang berlarutan dan pelanjutan PKP sehingga hari ini, ramai ahli masyarakat mulai terkesan ekoran pemberhentian aktiviti ekonomi bukan keperluan utama (non-essential services). Ini termasuklah industri perlancongan seperti perhotelan, pengangkutan, agensi perlancongan dan lain- lain. Pada hari ini, dilaporkan 600,000 golongan M40 tergelincir ke kategori B40 akibat kehilangan pekerjaan dan pendapatan, ditambah dengan komitmen sedia ada yang tinggi. Jumlah ini kian bertambah dari hari ke hari. Hal ini menyebabkan keperluan kepada penangguhan komitmen bayaran melibatkan pembiayaan bank bagi mengurangkan liabiliti sedia ada masyarakat. Moratorium adalah satu pilihan yang ditawarkan kepada kepada individu, perniagaan mikro dan SME. Komitmen Institusi Perbankan Islam Institusi perbankan Islam menyertai inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan bermula dari Morotarium 1.0 (bermula 1 April 2020) sehinggalah Moratorium 2.0 (yang bermula pada 2 Julai 2021). Beberapa asas kepada inisiatif pelaksanaan Moratorium oleh institusi perbankan Islam termasuklah konsep ihsan dan rafu’ al-haraj (menghilangkan kesukaran). Penawaran penangguhan komitmen pembayaran bulanan pembiayaan di kalangan golongan yang terkesan merupakan satu tanggungjawab sosial bersama yang perlu dilaksanakan oleh pihak institusi perbankan bagi mengurangkan kesusahan di kalangan masyarakat. Namun begitu, terdapat perbezaan antara syarat yang dikenakan ke atas Moratorium 1.0 dan Moratorium 2.0 oleh pihak institusi kewangan Islam yang perlu diambil kira oleh masyarakat. Sudah tentu, perubahan ini mengambil kira kelestarian kewangan pihak bank yang memberi penangguhan pembayaran kepada pelanggan sejak pelaksanaan Moratorium 1.0. Perkara utama yang berbeza antara Moratorium 1.0 dan Moratorium 2.0, ialah melibatkan penetapan keuntungan terakru yang dikenakan ke atas pelanggan, melibatkan kesemuajenispembiayaan.Inibermakna, Moratorium 2.0 mensyaratkan pelanggan untuk membuat pembayaran tambahan ke atas keuntungan yang ditangguhkan, pada akhir tempoh pembiayaan. Adakah syarat yang berbeza ini akan memberi kesan kepada pelanggan, dan sejauh mana implikasinya? Memahami Kesan Moratorium dan Keputusan Terbaik Pendidikan celik kewangan perlu diterapkan secara berkesan kepada keseluruhan masyarakat. Pelanggan pelu diberi kejelasan bahawa setiap produk pembiayaan Islam dan ciri-cirinya samaada dari segi kontrak (seperti tawarruq, ijarah thumma al-bay’ dan lain-lain), kaedah pembayaran dan asas peratusan keuntungan (samaada kadar tetap dan berubah) yang dikenakan oleh pihak bank kepada para pelanggan adalah memberi implikasi jangka panjang kepada mereka. Pelanggan juga perlu jelas bahawa dalam pembiayaan berasaskan keuntungan, jumlah pokok dan keuntungan perlu dilunaskan seperti yang terdapat dalam perjanjian, dan ini juga sangat berkaitan dengan jenis kadar keuntungan yang dikenakan. Dalam suasana pandemik hari ini, keputusan memilih untuk moratorium perlulah dibuat sebaiknya berikutan ada kos terlibat yang perlu ditanggung dan dibayar oleh pelanggan di kemudian hari. Bagi golongan yang terkesan, moratorium boleh dipertimbangkan dalam konteks, adakah ia menjadi sesuatu pilihan bagi memenuhi keperluan yang mendesak, atau bagi memenuhi keinginan memiliki sesuatu kehendak. Simpanan dari moratorium perlu digunakan untuk keperluan yang penting, antaranya perbelanjaan harian, pembayaran bil, perbelanjaan pendidikan, kerana di kemudian hari akan ada kos yang perlu dibayar. Diharapkan pihak berkuasa dan institusi perbankan perlu memberi maklumat pelaksanaan moratorium yang jelas dan dalam bahasa yang paling mudah difahami, dan bukannya dalam bahasa yang terlalu bersifat bombastik. Sangat penting bagi pelanggan mendapatkan makluman dalam bentuk sebegini bagi membuat keputusan yang sewajarnya. Moratorium Antara memenuhi keperluan atau kehendak Profesor Madya Dr Nurul Aini Muhamed Fakulti Ekonomi dan Muamalat/ Timbalan Pengarah PusatWakaf dan Zakat (USIM) In Our Words 11 | OGOS 2021
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=