e-Risalah USIM - Edisi April 2022
MAC 2022 8 | Setiap kali menjelang bulan Ramadan, semua umat Islam pasti teruja. Ada yang mengimpikan untuk menjalani ibadah puasa bersama keluarga tercinta, mengimpikan berpuasa di bumi Mekah serta menghias rumah dengan sempurna. Di Malaysia, suasana bazar Ramadan merupakan suatu keadaan yang sangat unik kerana pelbagai juadah untuk berbuka puasa boleh diperolehi. Bazar Ramadan dikunjungi bukan sahaja oleh umat Islam di Malaysia, namun kaum lain juga sangat suka mengunjungi bazar Ramadan untuk menikmati pelbagai jenis makanan. Langkah Awal Mengubah Corak Pemakanan Bulan Ramadan R amadan merupakan bulan kesembilan dalam tahun hijrah dan merupakan bulan yang mana umat Islam seluruh dunia menjalani ibadah puasa. Dari segi bahasa, Ramadan membawa maksud panas yang sangat terik. Puasa dari segi istilah syarak pula bermaksud menahan diri daripada makan dan minum, serta dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dengan syarat- syarat tertentu. Setiap tahun, anggaran berpuasa bagi umat Islam di Malaysia adalah kira-kira empat belas jam. Keadaan ini jauh berbeza bagi kebanyakan negara yang mempunyai empat musim. Ada negara yang umat Islamnya berpuasa lebih singkat atau lebih panjang daripada Malaysia. Umumnya, kebanyakan negara yang bulan Ramadan jatuh pada musim panas akan berpuasa dalam kadar lebih panjang iaitu kira-kira tujuh belas jam dan ke atas, manakala negara yang bulan Ramadan jatuh pada musim sejuk biasanya akan berpuasa untuk tempoh masa lebih singkat. In Our Words Dr. Nur Huda Faujan Pensyarah Kanan, Program Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains danTeknologi
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=