e-Risalah USIM - Edisi April 2022

MAC 2022 6 | MASTI dan PRAGMATIS Ceriakan Anak Yatim Menyambut Aidilfitri USIM Membersih 2022 Semai Tanggungjawab Jaga Kebersihan M enjelang beberapa hari umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, keprihatinan terhadap insan- insan yang kurang bernasib baik tidak dilupakan bagi memastikan mereka turut diraikan untuk menyambut lebaran. Mengambil keberkatan di penghujung bulan Ramadan, Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam (MASTI) dan Persatuan Pegawai Tadbir dan Iktisas (PRAGMATIS) USIM berkongsi rezeki dan kegembiraan meraikan kedatangan Aidilfitri 1443H bersama 50 orang anak-anak yatim. Program Ramadan Santuni Anak Yatim oleh MASTI dan PRAGMATIS secara tidak langsung menjadi platfom untuk menyantuni anak-anak kecil dari Pertubuhan Anak Yatim Baitul Baroqah Ummul Qura, Bandar Enstek, Negeri Sembilan ini dengan lebih dekat. Diraikan dalam satu majlis di Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM, ia turut dihadiri Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Al-Bakri merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah USIM dan Datuk Muhammad Haizuan Rozali selaku Pendaftar USIM. Dalam majlis ini juga, Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Al- Bakri juga turut menitipkan nasihat dalam sesi tausiah yang disampaikan olehnya kepada para jemputan D alam usaha untuk meningkatkan kadar kebersihan tandas dan kawasan di seluruh kampus utama, USIM telah menganjurkan Program USIM Membersih 2022 mulai 28 Mac hingga 1 April 2022 bertempat di sekitar kawasan Kampus Nilai. Program ini mendapat kerjasama pelajar, kakitangan pentadbiran serta kakitangan akademik untuk mendidik warganya menerap sifat-sifat mahmudah dalam aspek kebersihan. Program ini buat julung kalinya telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM dan merupakan cetusan idea Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti USIM, YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai usaha untuk menerapkan sifat-sifat mahmudah dalam setiap warga kampus Barakah USIM. YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam ucapan perasmiannya berkata, program ini bukan semata-mata untuk melestarikan alam sekitar dan persekitaran yang bersih, selain daripada itu, kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga USIM dan mewujudkan suasana positif di dalam kampus. “Kita perlu membetulkan kembali stigma bahawa kebersihan kampus terutamanya tandas, adalah di bawah tanggungjawab universiti atau kakitangan pembersihan yang digajikan untuk membersihkan kawasan-kawasan ini. Ia adalah satu tanggapan yang salah, kerana sebaliknya tanggungjawab menjaga kebersihan adalah turut terletak kepada seluruh warganya. Ini kerana menjaga kebersihan adalah sesuatu yang disukai oleh Allah SWT dan rasul- Nya sama ada menjaga kebersihan rohani mahupun jasmani, kedua-dua perkara ini tidak boleh dipisahkan kerana kebersihan melambangkan keteguhan iman seseorang kepada Allah SWT” katanya lagi. Peralatan membersih dan sabun pencuci telah diedarkan kepada semua jabatan. Kemuncak program adalah majlis gotong-royong yang diadakan secara serentak di semua jabatan dan fakulti di USIM. Program memasak secara gotong-royong turut diadakan bagi menyemai semangat kerjasama dan saling bantu-membantu di samping menyambut kedatangan Bulan Ramadan. berkaitan besarnya hikmah dan ganjaran oleh Allah SWT kepada orang Islam apabila menjaga kebajikan dan hak- hak anak-anak yatim. Antara pihak lain yang turut sama memberi sumbangan bagi meraikan anak-anak yatim dalam majlis tersebut adalah Persatuan Pegawai Tadbir dan Iktisas (PEKERTI) Universiti Malaya, Persatuan Pentadbir Universiti Teknologi Mara dan Global Peace Malaysia (GPM). Momen@USIM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=