e-Risalah USIM - Edisi April 2022

MAC 2022 5 | Dalam pada itu, pada majlis yang yang sama turut dilancarkan Aplikasi Quran Isyarat yang Pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai “First Sign Language Al- Quran Application”. Bagi menyantuni serta menyokong hasrat dan pelaksanaan Dasar Inklusif Orang Kurang Upaya di Institusi Pendidikan Tinggi yang diterajui oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) USIM telah ditubuhkan dengan bertujuan menjalankan penyelidikan untuk meneroka ilmu baharu ke arah mempromosi kesejahteraan dan keseimbangan hidup komuniti OKU bertunjangkan Maqasid Syariah dan pendekatan Islami. Menurut Datuk Sri Dr. Noraini Ahmad, “UMMI mencipta lagi satu sejarah apabila telah berjaya membangunan Aplikasi Quran Isyarat yang pertama seumpamanya, bagi komuniti OKU pendengaran di Malaysia. Kejayaan ini telah menarik minat Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) untuk menjemput penyelidik dari UMMI untuk bersama-sama  mempromosi aplikasi ini di Dubai Expo 2020 sebagai pendedahan di peringkat antarabangsa”. “Pihak Kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob amat prihatin terhadap komuniti OKU dan penggubalan Dasar OKU merupakan komitmen Kerajaan dalam usaha memastikan OKU mendapat kesaksamaan hak dan peluang bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Keperihatinan yang sama juga ditunjukkan dalam kalangan keluarga IPT yang mana dalam Amanat Tahun 2022 Menteri Pengajian Tinggi, saya telah menekankan perlunya infrastruktur dan kemudahan disediakan sebaiknya kepada golongan OKU”, jelas beliau. Pembangunan aplikasi ini bermula dengan usaha memenuhi permintaan Persatuan Orang Pekak Muslim Malaysia (PRISMA) dan Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA) seawal tahun 2015 untuk mempelajari Quran sesuai dengan ketidakupayaan mendengar dan bertutur mereka. Setelah dibangunkan dan melalui beberapa fasa pembangunan, aplikasi ini kini sedia untuk digunakan oleh pengguna komuniti pekak di seluruh dunia. Keunikan yang ditonjolkan oleh aplikasi ini melayakkan untuk menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records. Aplikasi Quran Isyarat Pertama di Malaysia Menerima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records https://bit.ly/3wJ1sxe Jom Tonton AplikasiQuranIsyarat USIM-Pengiktirafan theMalaysiaBookof Record

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=