e-Risalah USIM - Edisi April 2022

MAC 2022 10 | Bahasa Inggeris tetap penting untuk dipelajari dan dikuasai D alam kita sibuk memperkasakan atau memperkukuhkan penggunaan bahasa Melayu ataupun bahasa kebangsaan dalam negara kita, kita tidak seharusnya mengabaikan sepenuhnya penggunaan dan pemantapan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat negara kita. Memang benar, bahasa Inggeris itu bukanlah bahasa asal negara kita dan memang benar bahasa Inggeris itu adalah bahasa penjajah. Namun, kita tidak boleh terlalu beremosi dalam isu penggunaan bahasa Inggeris ini kerana sama ada kita suka ataupun tidak, bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar terpenting dan paling utama dalam dunia pada masa kita. Bahasa Inggeris juga adalah bahasa ilmu yang perlu dikuasai sekiranya kita ingin membawa negara kita bergerak ke hadapan. Penggunaan bahasa Inggeris sudah lama dipraktikkan dalam negara kita semenjak sebelum merdeka lagi. Penggunaan bahasa Inggeris tidak membawa sebarang masalah yang besar terhadap kemajuan negara kita serta keamanan masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Yang boleh menjadi masalah atau penghalang besar kepada kemajuan sesebuah negara dan keamanan dalam masyarakat adalah datang diri kita sendiri kerana kurang bijak dan bukannya kerana pengunaan sesuatu jenis bahasa. Jangan jadikan isu berkaitan dengan pengunaan bahasa Inggeris sebagai kambing hitam ataupun alasan untuk menutupi sebarang kelemahan yang berlaku dalam negara, masalah yang berlaku dalam masyarakat kita ataupun terhadap diri kita sendiri. Adalah penting juga isu berkaitan dengan bahasa Inggeris tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak demi kepentingan politik sempit mereka. Usaha harus diambil bagi memantapkan lagi penggunaan bahasa Inggeris dalam negara kita seperti usaha yang telah diambil terhadap penggunaan bahasa Melayu. Usaha ini harus dilakukan pada peringkat awal lagi terhadap para pelajar di peringkat sekolah. Sebarang usaha yang telah diambil oleh mana-mana pihak untuk memantapkan penguasaan bahasa pengantara (Lingua Franca) iaitu bahasa Inggeris khususnya dalam kalangan pelajar di semua peringkat dalam negara kita selama ini tidak harus dipandang serong dan rendah oleh mana-mana pihak. Ianya perlu dilihat sebagai salah satu langkah bagi menyediakan pelajar kita menjadi golongan yang lebih berkemahiran serta mampu berdaya saing pada masa akan datang. Tumpuan bagi memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar ini juga tidak seharusnya dilihat bakal meminggirkan penguasaan terhadap mana-mana bahasa ibunda tempatan kerana usaha juga telah banyak diambil bagi memantapkan penguasaan bahasa ibunda tempatan dalam kalangan para pelajar. Dr. Muzaffar Syah Mallow Profesor Madya, Fakulti Syariah & Undang – Undang (FSU)

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=