e-Risalah USIM - Edisi April 2021

APRIL 2021 9 | Berilah Yang Seadanya, Berkongsilah Seikhlasnya Iklan Ramadan USIM 2021 Sempena bulan Ramadan ini, satu siri kupasan dan perbincangan tentang sebab penurunan ayat Al-Quran disiarkan kepada anda pada setiap minggu eksklusif di USIMTV . S etiap kali menjelang Syawal pastinya banyak syarikat korporat atau badan NGO menerbitkan iklan bagi menyampaikan mesej tersendiri untuk tontonan umum. Memberi kelainan pada tahun ini, USIM tampil dengan idea kreatif menerbitkan Iklan Ramadan USIM 2021. Iklan ini mengambil inspirasi daripada salah satu intipati sasaran tahunan dalam amanat Naib Canselor bertemakan Prosumer Muslim yang berdisiplin, iaitu USIM Students Learn More, Make More and Share More .    Iklan ini mengisahkan tiga situasi warga masyarakat yang berdepan dengan ujian dan cabaran, yang percaya berkongsi rezeki sesama insan dalam apa bentuk sekalipun mampu memberikan sinar harapan buat insan yang memerlukan.   Emma, seorang ibu tunggal yang diberhentikan kerja berasa buntu untuk meneruskan hidup. Tekad membuat perubahan, beliau mula menjual kek setelah menonton perkongisan resepi kek oleh seorang alumni USIM di rancangan USIMLIVE. Hasilnya mendapat sambutan dan kini beliau dapat kembali menampung perbelanjaan hidup.  Adam, seorang pelajar Komunikasi terpaksa menghabiskan masa ke Perpustakaan untuk menyiapkan tugasan kuliahnya. Berkat kesabaran, beliau mendapat sumbangan komputer riba daripada Pusat Wakaf dan Zakat USIM atas sumbangan orang ramai melalui portal Jom Infaq USIM iaitu Bantuan Komputer Riba kepada Pelajar B40.  Dengan sumbangan itu, Adam berkongsi kepakarannya dalam suntingan video bersama pasukan Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) USIM tentang cara berdoa dalam Bahasa isyarat. Video tersebut pula membantu Ihsan yang mempunyai Anak Kurang Upaya (OKU Pendengaran) untuk mengajar anaknya membaca doa berbuka puasa dalam bahasa isyarat.  Encik Hammad Farhi Mohd Saudi, Pengarah Pusat Komunikasi Strategik selaku penerbit berharap iklan ini dapat mengajak masyarakat agar sentiasa memberi dan berkongsi, dan ianya tidak akan mengurangi apa yang kita miliki, malah akan digandakan. Dalam bulan penuh kemuliaan, berilah yang seadanya, berkongsilah seikhlasnya. Iklan terbitan Pusat Komunikasi Strategik dengan kerjasama beberapa jabatan di USIM antaranya Pusat Kebudayaan, Pusat Kemasukan Pelajar dan Promosi serta Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan ini telah disiarkan pada 4 Ramadan 1442H. Kini ia telah mencecah sebanyak 4000 tontonan di saluran Youtube USIM TV dan Facebook rasmi USIM. https://bit.ly/2RzHWRD Jom Tonton ‘InsanTerbaik’-Iklan RamadanUSIM2021 https://bit.ly/3uvcvqn Jom Tonton AsbabAl-Nuzul #InsanTerbaik

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=