e-Risalah USIM - Edisi April 2021

APRIL 2021 7 | Ahmad Farid Jamal , graduan Sarjana Sains Fakulti Sains dan Teknologi yang bekerja sebagai Penolong Pendaftar di FST USIM akui pengurusan masa merupakan cabaran yang terbesar dalam memastikan pelajaran dan kerjayanya dapat dilaksanakan dengan terbaik. Renuka , graduan Sarjana Sains Fakulti Sains dan Teknologi berkongsi pengalaman berjalan kaki ke Hospital Ampang dari fakulti di Pandan Indah untuk mengambil sampel projek. “Saya tiada kenderaan sendiri, dan kadang kala saya akan menggunakan perkhidmatan kereta Grab untuk berulang alik ke makmal di Pandan Indah dan menyiapkan tugasan di hospital ketika itu”. _ Ahmad Farid Jamal Antara cabarannya, saya pernah menyiapkan assignment sehingga jam empat pagi, tidur sekejap dan kemudiannya bangun pada jam enam pagi untuk bersiap ke tempat kerja”. Nur Shazarna Aminuddin , kini bekerja sebagai protégé Finance & Risk di Syarikat Petronas KLCC. Sejak semester pertama beliau menggunakan kaedah merekod menggunakan telefon semasa pensyarah mengajar terutama sekali bagi subjek yang lemah dan susah untuk beliau. Tidak hairanlah beliau lebih gemar untuk duduk di barisan hadapan setiap kelas. Beliau mendapat Kelas Pertama Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian.  Muhammad Iskandar Zulkarnain Shamsul Bahar , graduan Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan Kepujian tidak menyangka hantaran gambar menerima skrol ijazah yang ‘disampaikan’ oleh abang J&T dengan kapsyen ‘Alhamdulillah, done degree ” di Twitter tular. Lebih bermakna buat dirinya dan keluarga apabila beliau menaiki pentas utama untuk menerima anugerah daripada Canselor USIM. Sedang melanjutkan pengajian kini dalam Diploma Lanjutan Kehakiman dan Guaman Syarie turut menyimpan cita-cita untuk menjadi Hakim Mahkamah Syariah dengan menjadikan tip bijak mengatur masa dan tidak bertangguh melakukan sesuatu kerja sebagai rahsia kejayaannya. “Selepas tamat latihan industri, saya menjaga adik di rumah kerana beliau memerlukan penjagaan yang rapi dari segi pemakanan dan penjagaan seharian. Jika diikutkan, saya memang merancang untuk mencari pengalaman kerja seperti orang lain, cuma saya masih tunggu masa yang sesuai.” Demi kasih terhadap adik yang sakit, Nur Azyan Lina Normishidi , menangguhkan niat untuk mencari kerja luar. Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sunnah dan Pengurusan Maklumat kini bekerja sebagai ejen dropship beberapa produk sambil menjaga adik lelaki yang berusia 18 tahun yang disahkan menghidap kanser limfoma tahun lepas. Cabar diri bekerja sambil belajar Konvo ‘depan rumah’ akhirnya ke pentas terima anugerah >>>

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=