e-Risalah USIM - Edisi April 2021

APRIL 2021 5 | N ur Ain Hannani Hamid , 24 tahun, Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi Makanan) yang berasal dari Kelantan aktif sebagai pendebat Bahasa Arab USIM menganggap pengajian di USIM antara momen bermakna dalam hidupnya. Bermula di USIM sebagai pelajar Tamhidi, beliau tekad meneruskan pengajiannya di USIM bagi meningkatkan kemahiran berbahasa Arab selain membina jati diri melalui nilai dan ajaran yang diterapkan oleh pensyarah USIM. Nur Ain Hannani kini sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana program Biological System Sciences di Graduate School of Comprehensive Scientific Research, Prefectural University of Hiroshima mengakui kejayaannya adalah berkat doa dan restu kedua ibu bapanya yang tidak putus-putus membimbing dan memberi galakan. Beliau terlibat secara aktif dalam kelab debat Bahasa Arab menyedari dirinya semasa pengajian menuntut komitmen yang tinggi dalam membahagikan masa belajar di kuliah serta menghadiri atihan untuk mengasah kebolehannya bertutur Bahasa Arab. Beliau kerap menyertai pelbagai pertandingan di dalam mahu pun luar negara, justeru beliau menganggap penyertaannya bagi mendapatkan pengalaman dan cabaran berbeza disamping berkongsi ilmu dan berkenalan rakan-rakan baharu. Tidak menafikan bahawa berkat tunjuk ajar dari pensyarah-pensyarah, kejayaan terus dikecapinya. Beliau amat berterima kasih kepada pensyarah khususnya pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi yang sangat mesra pelajar dan sentiasa bersedia membantunya dalam soal pelajaran. Menyertai pasukan debat Bahasa Arab telah sebati dalam dirinya justeru, amat menghargai jasa dan tunjuk ajar daripada jurulatih debat yang dikenali sebagai Al Muthla yang menjadi sumber semangat untukknya lebih bersemangat meningkatkan kecekapan bertutur dalam Bahasa Arab. Beliau amat yakin kepada Allah dalam menetapkan yang terbaik buat hamba-hambaNya. Atas keyakinan tersebut, beliau mempunyai prinsip tersendiri untuk menjadi seorang hamba dipenuhi dengan akhlak yang menyenangkan orang sekeliling. Penerima sulung Anugerah Lembaga Pengarah Universiti, Raih Salsabila , 24 tahun. Sebagai pelajar antarabangsa dari Indonesia, beliau memanfaatkan sebaiknya Penerima Pingat Emas Naib Canselor, Ahmad Anwaar Muhammad Saifullah , 26 tahun, anak kelahiran Kuala Lumpur yang membesar dan mendapat pendidikan awal “SENTIASA MEMAAFKAN KESILAPAN LALU DENGAN MENGGUNAKAN MASA KINI DENGAN SEBAIKNYA SERTA MENYERAHKAN DENGAN YAKIN KETENTUAN MASA DEPAN KEPADA ALLAH.” peluang menuntut di USIM dengan melakukan sehabis baik demi membahagiakan kedua orang tuanya yang banyak berkorban untuknya. Jauh daripada keluarga menjadikannya lebih cekal menghargai masa dan peluang belajar seterusnya mencipta kejayaan manis buat dirinya dan keluarga. Baginya, kegagalan adalah suatu pelajaran berharga dalam hidup, oleh itu jangan jadikan kegagalan sebagai hambatan kejayaan sebaliknya pemangkin kejayaan untuk terus maju. di Brunei berbesar hati menimba ilmu di Malaysia walaupun berjauhan dari ibu bapa tercinta. Atas dasar itu, beliau tekadkan niat untuk melakukan yang terbaik dalam pengajiannya tanpa mensia-siakan peluang yang ada. Beliau gemar meluangkan masa belajar dan mengajar rakan-rakan dan junior dengan niat membantu dan berkongsi ilmu yang ada. Beliau percaya peluang menuntut ilmu harus diraih sebaiknya, jangan pernah leka. rahsiakejayaanpenerima AnugerahPelajaranDiRaja

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=