e-Risalah USIM - Edisi April 2021

APRIL 2021 4 | W an Nur Ira Izyan Wan Izani , 26 tahun, Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri merupakan anak ke-3 daripada tujuh orang adik-beradik menghormati kehendak ibu bapanya untuk melihatnya menjadi seorang doktor. Wan Nur Ira menjadikan kakaknya yang kini menjalani latihan siswazah (HO) di Hospital Kuala Lumpur sebagai inspirasi dan pencetus semangat untuk terus berusaha untuk bergelar doktor. Wan Nur Ira berkongsi cerita bahawa adik beradiknya lain bermula dari anak kedua hingga keenam sama- sama menyambung pengajian dalam bidang perubatan di USIM. Beliau mengakui bergelar seorang pelajar dalam bidang perubatan menjadikannya seorang yang lebih berjiwa besar serta menghargai setiap detik manis, susah dan senang sepanjang lima tahun pengajiannya di USIM. Beliau mengakui ibu bapa dan adik beradik menjadi pendorong utama kejayaan kerana mereka tidak jemu- jemu mendoakan kebaikan buatnya dari awal hingga akhir pengajian. Malah, beliau turut menghargai jasa pensyarah dan rakan-rakan pengajian yang sentiasa memberi nasihat dan bimbingan dan sentiasa ada untuknya pada waktu senang dan sukar. Pernah mengalami pengalaman pahit di tahun lima apabila mengalami kesukaran untuk tidur dan hilang selera makan lalu sukar untuk fokus di dalam kelas telah menjejaskan keputusan peperiksaan, justeru beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat nasihat dari kaunselor di fakulti untuk bimbingan dan akhirnya kembali pulih dengan azam yang lebih cekal. Beliau yang merupakan presiden pertama USIM One Health Student Club terlibat aktif dalam aktiviti kesukarelawanan selain bersukan dan menyertai pelbagai persidangan. “La Hawla Wala Quwwata Illa Billah” menjadi kata azimat dalam dirinya. Percaya bahawa tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah, beliau turut mengajak rakan- rakan dan penuntut USIM untuk tidak berputus asa untuk sentiasa berusaha memperbaiki diri dalam semua perkara termasuk akademik dan sahsiah diri. Penerima Anugerah Canselor, Muhammad Iskandar Zulkarnain Shamsul Bahar , 24 tahun, aktif dalam aktiviti kepimpinan dan kesukarelawanan Penerima Anugerah Canselor (Siswazah), Mohd Ilias M Shuhud , 40 tahun mempunyai seorang cahaya mata berkongsi “MIRACLE IS ANOTHER NAME FOR HARD WORK. BERUSAHA KERASLAH UNTUK MENCAPAI SEMUA CITA-CITA.” Restuibu bapa mempunyai azam yang tinggi untuk berbakti kepada masyarakat dan ummah. Beliau kini melanjutkan pengajian ke Diploma Lanjutan Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (Dijap) berpegang kepada kata- kata untuk sentiasa belajar mencari setiap ilmu yang bermaanfaat sama ada kepimpinan mahupun kemahiran, kerana percaya setiap satunya pasti membawa kepada kejayaan. cerita pengajian PhD di USIM merupakan cubaan kedua buatnya sebagai langkah kembali bangkit untuk menyambung pengajian dan bersyukur akhirnya mencipta kejayaan tersendiri buatnya. Beliau sentiasa berpegang teguh kepada sifat kesabaran dan kecekalan dan berpesan untuk penuntut lain sentiasa berfikiran positif dalam setiap langkah yang yang diambil. Faces of USIM (Shakhsiah USIM)

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=