e-Risalah USIM - Edisi April 2021
FEBRUARI 2021 15 Antara agenda menarik yang melibatkan komuniti ialah program kelestarian hijau yang melibatkan komuniti luar. Antaranya ialah Kebun Komuniti Taman Semarak, Nilai. Salah satu projek ialah penanaman hidroponik bagi projek Kebun Komuniti Taman Semarak yang turut dibiayai oleh Yayasan Hasanah. Peserta projek ini ialah dalam kalangan B40. Agihan hasil tanaman kali pertama ini juga telah berjaya dilunaskan kepada komuniti B40 dengan pelbagai hasil sayuran Antara perkara lain yang juga dijadikan program untuk melestarikan alam ialah program turun padang untuk memeriahkan sambutan Hari Kebersihan Sedunia (World Cleanup Day) 2020 yang bertempat di di Taman Malaysia Seremban. Program anjuran Kerajaan Negeri Sembilan ini disertai USIM dengan Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dilihat mampu memberikan motivasi masyarakat untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Pasukan PPE Disposal Taskforce USIM yang diketuai oleh Dr. Nuruliza seperti kangkung, bayam brazil, pucuk keledek, serai, daun pandan dan sebagainya. Konsep yang diperkenalkan ialah bukan memberikan barang sumbangan tetapi mengajar komuniti setempat cara untuk melakukannya dengan bajet yang kecil dan ruang yang terhad. Program ini bukan sahaja memberikan kemahiran kepada komuniti yang terbabit tetapi memberikan cara untuk berjimat dan seterusnya menjana pendapatan dalam jangka masa panjang. Roslan, pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan berbesar hati apabila USIM dijemput untuk menyertai acara gimik “World Cleanup Day” 2020. Program ini sejajar dengan inisiatif USIM untuk memperkenalkan “Kempen Pembuangan Pelitup Muka Secara Selamat dan Betul dan ia secara tidak langsung menjajarkan Kempen #USIMjagasemua yang telah mula diperkenalkan di peringkat USIM supaya dapat disebarluaskan kepada masyarakat setempat untuk sama-sama mengamalkan sikap prihatin sewajarnya dalam tempoh pandemik ini. Libat sama komuniti USIM prihatin juga libatkan program sanitasi di beberapa buah lokasi yang dipilih sebagai salah satu khidmat komuniti apatah lagi ketika Malaysia dilanda pandemik ini. Lokasi yang dipilih terdiri dari pusat Pendidikan iaitu Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sahabat Insani, Rumah Anak Yatim Walidaina dan surau yang terletak di Senawang dan Bandar Baru Nilai, serta empat buah surau yang terletak dalam kawasan taman perumahan berdekatan USIM iaitu Surau At-Taqwa Desa Anggerik; Surau Raudhah Al Mukhlisin Desa Jati; Surau Muhajirin Desa Kasia dan Surau Al Mahabbah Desa Indah”. Kakitangan USIM yang terlibat dalam Program Sanitasi Perdana ini mewakili pelbagai jabatan, anggota pasukan beruniform dan persatuan kakitangan USIM seperti USIM Alamiyah, Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah, Pusat Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pusat Komunikasi Strategik, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM (PRAGMATIS), Kesatuan Kakitangan Sokongan USIM (KUSIMA), dan Persatuan Kakitangan Akademik (PKAUSIM). Setiap daripada sukarelawan dibekalkan dengan alatan perlindungan diri (PPE), pelitup muka (face mask), pelindung muka (face shield) dan cecair sanitasi yang disediakan oleh Science and Technology Laboratory in a Box (FaST LaB), Fakulti Sains dan Teknologi USIM untuk menjalankan kerja-kerja sanitasi. Kerja-kerja sanitasi dilaksanakan mengikut prosedur operasi SOP yang ditetapkan oleh Pusat Kesihatan Universiti bagi memastikan aspek keselamatan dan kesihatan sentiasa dititik beratkan. Tidak hanya melaksanakan kerja-kerja sanitasi, USIM juga turut menyerahkan sumbangan berupa lima kotak pelitup muka dan lima botol cecair pensanitasi tangan berkapasiti 500ml di setiap lokasi. Libat sama komuniti merupakan salah satu cara USIM prihatin kepada komuniti dalam pelbagai bentuk projek. Program Sanitasi Perdana ini adalah merupakan program USIM kepada komuniti universiti di Negeri Sembilan; ia juga sebagai satu inisiatif USIM untuk membantu proses pemulihan komuniti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP); juga sebagai tanda keprihatinan universiti menerusi sokongan material dan spiritual kepada komuniti yang terjejas; dan memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan warga USIM. Kesedaran mengenai kepentingan program USR USIM PRIHATIN perlu mempunyai pelan strategik jangka panjang. Ini penting bagi memastikan kelangsungan program ini sebagai jenama program komuniti yang boleh dikomersialkan oleh USIM dalam pelbagai media massa. Warga USIM perlu diberikan pendedahan mengenai kepentingan program ini dan tanggungjawab setiap warga bagi membantu menjayakan program ini. Selain daripada itu, kerjasama dengan pihak industri juga boleh membantu dalam memastikan dana program USR USIM PRIHATIN dapat membiayai program ini. APRIL |
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=