e-Risalah USIM - Edisi April 2021

SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG PALING BERMANFAAT BAGI ORANG LAIN. (RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM) Libat Sama Komuniti USIM Membina Hubungan Strategik dengan Komuniti U SIM sebagai sebuah universiti awam berperanan membantu secara efektif dalam program libatsama masyarakat khususnya di Negeri Sembilan. Menyedari akan hakikat inilah, maka pihak USIM mengadakan Program CSR yang dapat memberikan impak kepada komuniti dan pada masa yang sama dapat menonjolkan imej USIM sebagai sebuat Institusi Pengajian Tinggi Islam yang tersohor. Dalam konteks Universiti CSR lebih merujuk kepada Program Tanjungjawab Sosial Universiti atau USR (University Social Responsibility). Konsep USR di USIM boleh dijenamakan sebagai Program USIM PRIHATIN. Penggunaan nama USIM PRIHATIN akan dapat membolehkan penjenamaan program USR dapat dibuat bagi program-program kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh pihak Universiti tidak kira dianjurkan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Universiti. Selaras dengan Misi USIM 2022 untuk menjadi Universiti Sains Islam Glokal Berimpak Tinggi iaitu libatsama masyarakat menjadi salah satu agenda yang akan direalisasikan. Ini juga bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Cukup padat dan ringkas penjelasan hadis tersebut iaitu bagaimana semakin banyak manfaat yang boleh kita berikan kepada orang lain semakin baik kedudukan kita di sisi Allah. Inilah yang menjadi citra warga USIM supaya dapat berkhidmat dengan komuniti di luar sana; jauh atau dekat. Entiti USIM yang terdiri daripada staf dan pelajar sering menjadi rujukan mengenai apa yang dilakukan dan apa juga yang perlu dilakukan. USIM bukan sahaja menumpukan kepada aspek kejayaan program-program pengajian yang ditawarkan, tetapi juga turut menumpukan kepada keprihatinan USIM dalam melibatkan komuniti luar sebagai salah satu agenda untuk berada dekat dengan masyarakat. Dalam masa yang sama, keprihatinan ini ditonjolkan dalam bentuk kebajikan-kebajikan staf dan para pelajar supaya dalam masa yang sama entiti di dalam USIM dan juga komuiti di luar USIM tutur terjaga dan terkena ‘tempias’ kewujudan USIM sebagai salah sebuah universiti awam yang memberikan manfaat kepada komuniti luar. Hariza Mohd Yusof Ketua Penerbit USIM Mohd Asri Husain Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya APRIL 2021 14 |

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=