e-Risalah USIM - Edisi April 2021
FEBRUARI 2021 13 | T ahun 2020 menjadi cabaran kepada kebolehpasaran graduan Universiti tempatan ekoran daripada penularan pandemik Covid-19. Penutupan sempadan geografi negara menimbulkan impak kepada ekonomi dan sosial masyarakat di seluruh dunia. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meramalkan hampir 75,000 graduan mungkin terjejas peluang mendapat pekerjaan. Pada masa yang sama, berlaku peningkatan bilangan pekerja yang diberhentikan sebagai langkah mengurangkan kos operasi syarikat atau akibat penutupan perniagaan. Justeru, semua universiti mengambil langkah sewajarnya untuk mengatasi cabaran ini. USIM misalnya melalui Pusat Alumni dan Kerjaya komited meningkatkan bina upaya graduan menerusi Pelan Komprehensif Kebolehpasaran Graduan Universiti. Pelan perancangan strategik ini menggariskan strategi-strategi yang mampan dan bersesuaian dengan situasi semasa untuk kelangsungan kebolehpasaran graduan. Komitmen ini selaras dengan misi USIM 2022 yang bertujuan menjadikan USIM sebuah Universiti Sains Islam Glokal Berimpak Tinggi menjelang tahun 2022. Fokus utama misi adalah untuk melahirkan ilmuwan, pemimpin dan profesional yang kompeten berasaskan tradisi keilmuan Islam, nilai-nilai luhur agama dan budaya demi kesejahteraan sejagat. Graduan USIM Kekal Berdaya Tahan Justeru, USIM merencana pelbagai program bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan menekankan aspek pembangunan kemahiran baharu (upskilling), memperkasa kemahiran sedia ada (reskilling) dan menyilangkan graduan dengan kemahiran lain (cross-skilling). Inisiatif ini dapat memperkasa keupayaan para graduan agar mampu melaksana pelbagai tugas terutamanya dalam situasi pandemik Covid-19 yang semakin mencabar. Misalnya pada tahun 2019, USIM menganjurkan 16 buah program Intervensi Kebolehpasaran Graduan (GE) yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak KPT dengan peruntukkan sebanyak RM1.5 juta. Manakala pada tahun 2020, USIM menerima lagi peruntukkan sebanyak RM1.2 juta bagi melaksanakan empat buat program intervensi GE. Penganjuran pelbagai program intervensi memberi impak positif kepada kadar kebolehpasaran graduan USIM. Merujuk Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang dilaksana oleh KPT, prestasi pencapaian kebolehpasaran graduan USIM meningkat daripada 72.1% pada tahun 2018 kepada 93% pada tahun 2019. Manaka pada tahun 2020, kadar kebolehpasaran graduan USIM diramal kekal kukuh melebihi paras 85% walaupun negara sedang dilanda ketidakstabilan ekonomi akibat pandemik Covid-19. USIM terus komited menyediakan sistem pendidikan tinggi yang berkualiti selari dengan keperluan Revolusi Perindustrian (IR 4.0). Revolusi baharu ini mencetus satu gelombang perubahan dalam semua sektor pekerjaan yang memerlukan daya kreativiti serta inovasi yang tinggi seiring dengan transformasi digital semasa. Para graduan perlu bersedia menempuhi cabaran IR 4.0 untuk kekal berdaya saing dan berdaya tahan. Oleh itu, USIM amat menggalakkan para graduan menyertai pelbagai program bagi meningkatkan kemahiran pendigitalan dan pengetahuan teknologi maklumat. Antara tumpuan USIM pada masa ini ialah menyediakan program latihan kepada para graduan menerusi pelbagai program GE seperti Program 4 th Industrial Revolution Muslim Professional Development ; Program Digital Distributed Economy Worker Skill dan sebagainya. Pada masa yang sama, USIM turut memberikan penekanan kepada penguasaan bahasa kedua sebagai nilai tambah graduan bagi menghadapi cabaran alam pekerjaan. Penguasaan dalam pelbagai bahasa membolehkan graduan bersaing di peringkat tempatan mahupun global. Majikan masa kini meletakkan penguasaan bahasa sebagai kriteria penting dalam pengambilan pekerja baharu. USIM sangat menitikberatkan penguasaan kepelbagaian bahasa dalam kalangan para graduan. Pelbagai program disediakan bagi mendepani cabaran ini seperti Kursus Komunikasi Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan sebagainya. Selain itu, USIM juga memberi peluang kepada para pelajar menyertai program pertukaran pelajar atau program khidmat masyarakat di luar negara bagi mengukuhkan lagi penguasaan bahasa asing. Penyertaan dalam program peringkat antrabangsa juga mampu mempersiapkan graduan untuk berdaya saing dalam pasaran pekerjaan kelak. Norma baharu pasca Covid-19 menuntut para graduan mendepani pelbagai cabaran dengan melakukan pengubahsuaian secara kreatif. Anjakan paradigma perlu dibuat bagi mengubah sistem konvensional kepada Strategi Lautan Biru yang menyokong kepada kemajuan Universiti kelak. Pepatah Melayu “Kurang sisik, tinggal lidi di buku, kurang selidik, tinggal kaji di guru” dalam erti kata lain segala sumber perlu digembleng sebelum mengecapi kejayaan. Di samping itu, kesepaduan ilmu naqli dan aqli yang menjadi tunjang pengajian di USIM turut menyokong pembentukan graduan yang holistik dan seimbang sebagai golongan tenaga kerja yang memberi manfaat duniawi dan ukhrawi. Mohd Asri Husain Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya Hafizah Marzuki Juruaudit Kanan, Bahagian Audit Dalam APRIL
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=