e-Risalah USIM - Edisi April 2021
APRIL 2021 11 | Y outh, Foresight and Civics Education (VALUES2021) berlandaskan objektif utama untuk membentuk modul khusus dan latihan kepada belia mengenai kepentingan kesedaran sivik dalam hidup bermasyarakat, latihan kepemimpinan, kesukarelawanan, literasi kewangan dan literasi pemikiran masa hadapan (futures thinking). Info VALUES2021 VALUES2021 adalah satu projek usaha sama strategik antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Kedutaan Amer- ika Syarikat Kuala Lumpur. • VALUES2021 akan melibatkan sekolah-sekolah sebagai Sekolah Rakan VALUES 2021 dengan penyertaan terbuka terutamanya sekolah-sekolah agama kerajaan/ kerajaan negeri atau swasta di luar bandar yang berminat. • VALUES2021 dilancarkan secara maya oleh YB Dato’ Dr. Zulkifli Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 21 April yang dihadiri oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Brian D. McFeeter dan Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahidin bertempat di Dewan Tuanku Canselor. Program USIM Get Student Scheme atau dikenali sebagai U-Guest dilancarkan dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa masuk ke USIM. Melalui skim ini, insentif sebanyak RM1000 akan diberikan kepada staf, pelajar semasa dan alumni yang berjaya mendaftarkan pelajar antarabangsa ke USIM. Menurut Prof Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin, Penolong Naib Canselor (Strategik dan Pengantarabangsaan), strategi ini diwujudkan selaras dengan hasrat USIM untuk mencapai misi USIM 2022 untuk menjadi Universiti Sains Islam Berimpak Tinggi. Pertambahan kemasukan pelajar antarabangsa dapat meningkatkan “branding and awareness” USIM di peringkat global. “Besar harapan saya agar Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) dapat memberi penekanan kepada aspek seperti proses urusan kemasukan yang lebih efisien, dasar dan polisi kemasukan serta kebajikan pelajar antarabangsa dan juga penggayaan pengalaman pelajar sepanjang berada di Malaysia,” ujar Prof Yahya. “USIM berperanan membangunkan modul ini dan memberikan latihan kepada belia dengan menerapkan sudut pandang Islam berdasarkan konteks dan kesesuaian masyarakat Malaysia dan global. Program ini diharapkan dapat menyumbang ke arah pembentukan belia yang berupaya memainkan peranan dalam masyarakat dengan baik, mempunyai pendedahan kepada perkembangan sekeliling dan dunia luar, selesa dalam kepelbagaian budaya dan berpotensi memimpin dalam apa jua bidang yang diceburi.” Dr. Norfadhilah Mohamad Ali Ketua ProjekVALUES 2021 USIMlancarU-Guest tarik pelajarantarabangsa VALUES2021usaha menerapkannilai sivik belia Jom Tonton https://bit.ly/2Rygc01 Montaj Youth,Foresight &CivicsEducation (VALUES2021)
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=