e-Risalah April - Jun 2024

UMMI ON WHEELS erat ukhwah bersama warga OKU USIM melalui Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) dan Sekretariat Sahabat FAQEH USIM (SaF USIM) telah menganjurkan Program UMMI on Wheels: Ramah Mesra Bersama Warga OKU dalam kalangan pelajar dan kakitangan USIM bertempat di Bilik Seminar Ibnu Mas’ud, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM. Penganjuran Program UMMI on Wheel ini memfokuskan untuk memperkenalkan fungsi UMMI sebagai pusat yang menguruskan hal ehwal berkaitan dengan warga OKU USIM. Program ini juga memberi peluang kepada Pengurusan Universiti untuk mengenali warga OKU USIM dengan lebih dekat di samping menjadi wadah kepada warga OKU untuk menyampaikan aduan dan cadangan berkenaan pengurusan OKU selaras dengan maqasid syariah dan Polisi Universiti Inklusif Pelajar OKU USIM. Sesi Townhall bersama warga OKU USIM diadakan bagi mendapatkan input serta perkongsian pendapat berkenaan amalan pengurusan terbaik OKU. Sesi ini telah disampaikan oleh Dr. Siti Fatimah Mohd Tawil, Penyelaras (Perkhidmatan OKU) UMMI dan beliau berkata UMMI telah mengorak langkah untuk membuat langkah pertama dalam mendekati warga OKU USIM melalui penganjuran program ini dan beberapa siri Townhall dan sesi pertemuan bersama warga OKU akan di adakan untuk menyampaikan maklumat terkini berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan khas buat mereka. “Program ini telah mendapat reaksi positif daripada peserta dan saya berharap agar warga OKU akan lebih terbuka untuk berkongsi segala pandangan dan masalah mereka dengan kami” ujarnya lagi. FastVolunteer3.0: PelajarUSIMmemupukkesedaranalam sekitarmelalui aktiviti pembersihanPantai S eramai 40 orang pelajar Fakulti Sains dan Teknologi (FST) USIM, diiringi penasihat program iaitu Prof. Madya Dr Sakinah Ali Pitchay sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni bergerak aktif bagi menjayakan aktiviti kesukarelawanan Fast Volunteer 3.0: Save Our Beach di Pantai Morib, Banting, Selangor pada 11 Mei 2024. Program anjuran Sekretariat pelajar FST dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan pembahagian kepada lima kumpulan untuk aktiviti utama iaitu gotong-royong membersihkan sekitar persisiran pantai. Kehadiran penduduk setempat yang turut serta dalam aktiviti ini menunjukkan semangat komuniti yang kuat dan kerjasama yang erat dalam menjaga kebersihan alam sekitar. Pengarah program, Muhammad Hilmi Bin Ishak berkata, aktiviti- aktiviti seperti ini diharapkan dapat memupuk semangat kesukarelawan dengan membina nilai insaniah serta mewujudkan sikap prihatin terhadap alam sekitar melalui aktiviti Fast Volunteer 3.0 : Save Our Beach , bertepatan dengan modul Graduan Integrasi Ilmu Aqli dan Naqli (GIINA). “Selain aktiviti pembersihan, program ini turut menampilkan pertandingan inovasi bertemakan teknologi alam sekitar di mana bahan yang digunakan adalah daripada sampah yang dikutip di pantai tersebut. Program anjuran Sekretariat pelajar FST ini juga mendapat sokongan dan sumbangan daripada Firma Guaman WMHaidi & Associates”. Ujarnya lagi, diharapkan program Fast Volunteer 3.0: Save Our Beach ini mampu memberikan pendedahan terhadap pelajar dan juga masyarakat setempat mengenai kepentingan memelihara alam sekitar, selain membentuk jati diri pelajar dalam memahami dan menghargai elemen khidmat masyarakat serta semangat kesukarelawanan. Dengan usaha berterusan, kami berharap lebih banyak program seperti ini dapat dianjurkan oleh pelbagai pihak untuk memelihara kelestarian pantai seiring untuk menggalakkan lagi pelancong luar datang ke Malaysia dan seterusnya dapat meningkatkan lagi perkembangan ekonomi negara. BeritaKampus 9

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=