e-Risalah April - Jun 2024
USIMsantuni PerbadananUsahawan NasionalBerhadSumbang RM50,000 U SIM meneruskan amalan sambutan 1 Syawal dengan meraikan pelajar tempatan dan antarabangsa yang tidak pulang berhari raya ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri. Seramai lebih kurang 40 pelajar terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa tidak pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman mereka pada tahun ini. Program dimulakan dengan takbir raya disusuli dengan solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan diakhiri dengan khutbah Hari Raya Aidilfitri yang disampaikan oleh Dr Muhammad Hafiz Saleh, Pengarah Pusat Islam USIM. Pelajar kemudiannya dibawa ke Istana Seri Menanti untuk menikmati juadah makan tengah hari di samping dapat beramah mesra dengan penduduk setempat. Program yang diadakan ini merupakan usaha universiti memupuk keceriaan kepada mereka yang tidak pulang berhari raya bersama keluarga tercinta. P erbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyumbang sejumlah RM50,000.00 kepada Tabung It’am Muhtajin (Food for Needy) dan Tabung Infaq Ibnu Sina (Bantuan Perubatan Pelajar USIM), melalui Pusat Wakaf dan Zakat USIM. Melalui sumbangan ini, sejumlah 100 orang pelajar asnaf USIM layak menerima Bantuan Bakul Rahmah berjumlah RM100.00 setiap seorang, selain daripada tajaan berbuka puasa kepada 800 orang pelajar sempena Program Ihya’ Ramadan di USIM. Tambahan pula, sumbangan kepada kos rawatan perubatan pelajar akan membantu mengurangkan beban kewangan mereka yang memerlukan rawatan di klinik panel terpilih. Pengerusi Jawatankuasa Zakat PUNB, Encik Fauzi Zakaria berkata sumbangan ini diharap dapat memberikan manfaat kepada pelajar USIM. “Sumbangan yang diberikan ini tidaklah seberapa namun ia akan meninggalkan kesan mendalam kepada pelajar yang menerimanya kerana pelajar inilah yang bakal memimpin negara kita pada masa akan datang.” jiwapelajar tidakpulang berhari raya BantuKos RawatanPerubatan danTajaanBerbukaPuasa Pelajar USIM BeritaKampus 5
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=