e-Risalah April - Jun 2024
USIM lawat Pusat Rehabilitasi Perkeso, bincangpotensi Kerjasama ProgramPelepasan NyamukAedes Berwolbachia bantu cegahpenularanpenyakit DemamDenggi U SIM melalui Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) telah mengadakan lawatan ke Pusat Rehabilitasi Tun Abdul Razak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada 18 April 2024 bertempat di Durian Tunggal, Melaka. Lawatan ini merupakan rentetan daripada sesi perbincangan awal USIM melalui Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani bersama Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Dato’ Aziz Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO berkaitan khidmat kepakaran UMMI dalam mendepani isu dan cabaran OKU. Delegasi USIM diketuai oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum, Profesor Madya Dr. Norakyairee Mohd Raus dan kehadiran delegasi telah disambut sendiri oleh Pengarah Eksekutif Pusat Rehabilitasi PERKESO, Yang Berbahagia Datuk Dr Hafez Hussain. Delegasi lawatan telah dibawa untuk melihat semua fasiliti yang disediakan di sekitar Pusat Rehabilitasi PERKESO dan berpeluang untuk berjumpa dengan warga kerja serta klien pusat. Di samping itu, pihak pusat turut menyatakan hasrat kerjasama dengan UMMI dalam bidang penyelidikan berkaitan integrasi terapi pertuturan dan tingkahlaku, penganjuran program motivasi rohani kepada penjaga wanita yang berperanan menjaga pasangan masing-masing. Datuk Dr Hafez Hussain berkata, beliau amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak USIM dan berharap agar kerjasama baik ini akan memberi manfaat kepada klien serta penjaga. Penganjuran program secara bersama akan memberi peluang kepada PERKESO untuk menambah ilmu pengetahuan berkenaan pengurusan dan pembangunan spiritual OKU.” ujarnya. Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak merupakan hak milik penuh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia adalah sebuah pusat rehabilitasi bertaraf antarabangsa yang mengintegrasikan rawatan Rehabilitasi Perubatan dan Vokasional. Pusat Rehabilitasi ini dibina dengan motif yang murni; iaitu untuk membantu Orang Berinsurans PERKESO dan golongan pekerja untuk dipulihkan secara fizikal dan vokasional sehingga akhirnya kembali ke alam pekerjaan dan masyarakat dengan keupayaan yang maksimum. Pusat ini terletak di Hang Tuah Jaya, Melaka dan telah mula beroperasi pada 1 Oktober 2014. Pusat ini menyediakan program rawatan yang komprehensif, intensif dan efisien di bawah satu bumbung, dengan pelbagai peralatan berteknologi tinggi yang dikendalikan oleh tenaga profesional pelbagai disiplin. D emam denggi merupakan penyakit bawaan Vektor yang menjadi salah satu masalah utama melibatkan kesihatan awam dan boleh menyebabkan kadar kematian yang tinggi. Sebagai langkah proaktif untuk mengekang peningkatan kes dan wabak denggi yang melanda Negeri Sembilan khususnya, Program Pelepasan Nyamuk Aedes BerWolbachia dilancarkan pada 4 Mei 2024 di Zon A Desa Anggerik, Nilai. Wolbachia merupakan sejenis bakteria yang diperkenalkan ke dalam Nyamuk Aedes aegypti yang bertindak untuk merencatkan perkembangan virus Denggi dalam badan nyamuk seterusnya menghalang jangkitan virus denggi kepada manusia. “Bagi membendung penularan penyakit demam denggi, strategi pencegahan utama yang perlu diberi tumpuan adalah mencari dan menghapuskan tempat pembiakan. Kita semua perlu memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan bebas dari tempat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Penglibatan komuniti amatlah penting kerana peranan penduduk untuk bersama-sama memerangi denggi bermula dari kediaman mereka sendiri”, ujar Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan Badan NGO Negeri Sembilan YB Tengku Puan Zamrah Tengku Sulaiman semasa merasmikan program pelepasan nyamuk. Program ini merupakan kolaborasi pelbagai agensi dan institusi seperti Majlis Bandaraya Seremban, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), SWM Environment Sdn Bhd, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Communication for Behaviourial Impact (COMBI). BeritaKampus 31
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=