e-Risalah April - Jun 2024
200 orang pelajar asnaf USIM telah menerima sumbangan Bantuan Bakul Rahmah USIM berbentuk tajaan makanan kering dan wang tunai berjumlah RM20,000 daripada Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia). Penyerahan cek replika sumbangan zakat telah disampaikan oleh Encik Yassir Azlin, Ketua Pegawai Pengedaran Takaful Malaysia kepada Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM sebagai simbolik Bantuan Bakul Rahmah. Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, program Agihan Bantuan Bakul Rahmah pada tahun ini telah mencatatkan jumlah pendanaan sebanyak RM73,000 kepada 600 orang pelajar USIM, hasil sumbangan daripada badan korporat yang terdiri daripada institusi perbankan dan syarikat takaful. “USIM mengambil pelbagai inisiatif dalam membantu pembangunan dan kebajikan pelajar terutama pelajar berkeperluan termasuklah pelajar asnaf ini. Antara usaha lain yang sedang giat diusahakan termasuklah bantuan zakat pelajar setiap semester, biasiswa tajaan penuh pengajian, bantuan kemudahan pelajar termasuk pelajar yang ditimpa musibah serta bantuan perubatan pelajar,” kata Naib Canselor USIM. ”Kemiskinan bukanlah satu penghalang untuk mencapai kejayaan dan berharap agar sumbangan yang diterima ini menjadi batu loncatan untuk mereka terus bersemangat bagi mengubah nasib dan seterusnya akan turut menjadi penyumbang pada masa hadapan,” ujarnya lagi. BantuanBakulRahmahUSIMSiri4: TakafulMalaysiaSumbangRM20,000 KepadaPelajarAsnaf 146Pegawai Kadet sertai PerbarisanUlung KomandanPALAPESUSIM S eramai 146 Pegawai Kadet PALAPES USIM telah berjaya menjalani Perbarisan Ulung Komandan PALAPES USIM yang berlangsung di Markas PALAPES Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah pada 22 Jun 2024. Sebelum itu, pegawai kadey ini telah menyempurnakan Latihan Kem Tahunan bersama PALAPES Universiti Putra Malaysia (UPM) di sekitar Raub, Pahang dan Kem 8 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kuala Lipis, Pahang pada bulan februari 2024. Turut hadir Mejar Rozaimi Kamarudin Timbalan Komandan dan juga Mejar Mohammad Norfadzlin Kamarudin Ketua Jurulatih. Naib Canselor Prof Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani merangkap Komandan berkata, perancangan pembangunan dan peningkatan bagi PALAPES USIM haruslah diteruskan dan dipertingkatkan dalam usaha memberi peluang kepada anak watan USIM ini untuk terus menabur bakti demi maruah negara dengan menyertai pasukan askar wataniah setelah tamat pengajian di universiti ini. “Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada PALAPES Canselori yang diterajui oleh Sarjan Md Khairul Daud dan beberapa anggota staf PALAPES lain dengan kerjasama PPKI telah melaksanakan modul pertama berbentuk survival iaitu modul meredah hutan dan ikhtiar hidup kepada 60 orang pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) bersempena program motivasi dan peningkatan PNGK pada awal bulan jun yang lepas”, beliau berkata lagi. BeritaKampus 30
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=