e-Risalah April - Jun 2024

Fakulti Pengajian Bahasa Utama YBM Pendidi kan Ti nggi rasmi Bangunan Baharu Bangunan setinggi 10 tingkat ini menempatkan satu Dewan Utama, tiga Dewan Kuliah, 30 Bilik Tutorial, Makmal Komputer, Makmal Mikro Pengajaran, Bilik Multimedia, Bilik Sumber, Bilik Penterjemahan, Bilik Seminar, Bilik Interaksi Pelajar, Bilik Persatuan Pelajar, Bilik Pensyarah dan Pejabat Pentadbiran yang mampu memuatkan seramai hampir 2,200 pelajar dan 100 staf pentadbiran dan akademik. Bangunan ini direka bentuk bercirikan nilai Islam yang mana keseluruhan susun atur bangunan telah dirancang berpandukan arah kiblat. Ia selari dengan konsep pembangunan dalam kampus induk USIM itu sendiri. Kawasan courtyard dijadikan sebagai elemen yang menyatukan antara blok bangunan berlainan berhadapan tasik yang menjadi tumpuan para pelajar dan pengguna lain untuk melakukan aktiviti pembelajaran luar kuliah dan riadah. Y ang Berhormat Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi telah merasmikan Bangunan Fakulti Pengajian Bahasa Utama di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 30 Mei 2024 sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan (MTPK) Kementerian Pengajian Tinggi Bil. 1 Tahun 2024. Pembinaan Bangunan Fakulti Pengajian Bahasa Utama USIM ini menelan kos sebanyak hampir RM50 juta dengan keluasan 316 ribu kaki persegi yang didirikan melalui peruntukan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) 2016. Projek Pembangunan ini telah bermula pada 30 Ogos 2021 dan siap dibina pada 21 Januari 2024. Bangunan ini secara rasminya telah beroperasi pada 4 Mac 2024. Blok bangunan ini direka bentuk secara tirus bagi meningkatkan kadar pencahayaan semula jadi yang dapat menjimatkan kos penggunaan tenaga elektrik. Corakgeometrikdan pintugerbangberbentuk lengkungan(arch) berkonsepkanIslam diaplikasikandibahagian fasadbangunan. BeritaKampus 3

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=