e-Risalah April - Jun 2024
USIM terima Kunjungan Wakil dari Kedutaan Rusia U SIM melalui International Law Unit (ILU), Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) berbesar hati menerima kunjungan dari Kedutaan Rusia di Kuala Lumpur buat julung kalinya pada 19 Jun 2024. “Special Talk Session With The Russian Embassy” yang disertai oleh pembicara dari universiti di Rusia, iaitu Far Eastern Federal University (FEFU) di Vladivostok turut diadakan. Program ini merupakan satu hasil pulangan (return on investment) penganjuran program edu- pelancongan tahunan ASEAN CLASSROOM (ACL) anjuran International Law Unit (ILU), USIM, di mana Dr. Hazmi Mohd Rusli Pensyarah FSU USIM pernah menjadi profesor pelawat di FEFU beberapa tahun yang lalu. Kunjungan Kedutaan Rusia diwakili oleh Encik Alexey Salnikov, Kaunselor Kedutaan Rusia dan Kapten Victor Shkulepa serta Major Valerii V. Tishevskii, attache ketenteraan Udara & Laut Kedutaan Rusia di Malaysia. Menurut Dr Hazmi, mereka menyampaikan kuliah berkenaan prospek pendidikan tinggi di Rusia serta hubungan Rusia dengan negara-negara lain serta isu berkaitan Rusia dan undang-undang antarabangsa. “Kunjungan kedutaan Rusia bukan sahaja telah memberi peluang dan manfaat kepada para pelajar dan pensyarah atas perkongsian diberikan, malah menjadi satu wacana untuk membawa nama USIM ke persada antarabangsa. Ia merupakan satu pengiktirafan yang sangat besar apabila wakil dari Kedutaan Rusia, negara yang sangat berpengaruh di dunia dalam pelbagai bidang sudi hadir dan melaksanakan kerjasama dengan USIM. Ini juga adalah satu bentuk manifestasi bahawa USIM adalah sebuah institusi disegani yang meraikan segala bentuk ilmu naqli dan aqli”, ujarnya lagi. Prof Dr. Rafidah Hanim Moktar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), USIM menyampaikan kertas kerja berkenaan konvensyen antarabangsa berkaitan orientasi seksual dan kesannya ke atas kesejahteraan dan keselamatan negara. Dua pelajar FSU tahun 4, Nurul Shasha Nor Razi dan Firus Dilamy Badrul Izham telah ditonjolkan sebagai pembentang ucaptama bagi membincangkan isu dua hala Malaysia-Rusia. Inisiatif ini diambil bagi mengetengahkan keupayaan dan kebolehan pelajar USIM ke peringkat antarabangsa. BeritaKampus 29
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=