e-Risalah April - Jun 2024
USIM rangkul Naib Johan di National Dental Intervarsity Games (NDIVG) 2024 USIM rangkul Naib Johan National Dental Intervarsity Games (NDIVG) 2024 dengan pungutan 16 pingat yang diadakan di Kompleks Sukan Tunku Najihah (KSTN), USIM. T ahun ini USIM diberi penghormatan menjadi tuan rumah bagi penganjuran NDIVG 2024 dengan kerjasama Malaysian Dental Student Association (MDSA). Acara ini mengumpulkan seramai 1,300 mahasiswa pergigian dari 13 fakulti pergigian seluruh Malaysia yang memulakan permainan bermula 10 Mei hingga berakhir 12 Mei 2024. Naufal Haqim Nazri, 22, Ketua Kontigen Fakulti Pergigian (FPg) USIM berkata, target kami pada mulanya hanya15 pingat untuk dirangkul, tetapi kami menangi 16 pingat kali ini dan kami bersyukur atas kemenangan ini dan hanya beza dua pingat dengan pihak lawan iaitu Juara oleh AIMST University. “Kami berjaya mendapatkan 6 emas bagi acara Futsal Lelaki, memanah perempuan, pingpong single lelaki, pingpong single perempuan, pingpong regu lelaki dan larian 4x400m lelaki”. “Manakala 6 pingat perak dimenangi oleh acara bola tampar lelaki, badminton perseorangan perempuan, memanah lelaki, pingpong regu perempuan, acara balapan 200m dan 400m lelaki”. “4 gangsa pula bagi acara pingpong regu campuran, acara balapan 400m dan 800m lelaki dan catur. Kami semua telah menjalani latihan intensif dan telah berusaha sehabis baik”, tambahnya lagi. Majlis pembukaan dihadiri Profesor Dr. Zamri Radzi selaku penaung MDSA, Prof. Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato’ Dr. Muhammad Taufik Mohd Nor Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), dan Encik Mohd Hariri Mohamad Daud, Ahli Lembaga Pengarah Universiti. Sebanyak 14 acara sukan yang dipertandingkan iaitu acara olahraga, bola jaring, bola tampar, bola keranjang, futsal, frisbee, dodgeball, memanah, tarik tali, badminton, catur, ping pong, aerodance dan varsity chant. BeritaKampus 26
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=