e-Risalah April - Jun 2024
U SIM telah menerima kehadiran delegasi seramai 37 peserta dari Universitas Muhammadiyah Surakarta (UMS) Indonesia bagi menjayakan program International Mobility (Inbound) @ USIM bermula 20 Jun hingga 28 Jun 2024 yang berfokuskan kepada program akademik, khidmat masyarakat dan juga aktiviti pendidikan-pelancongan (Edutourism). Menurut Ketua Delegasi dari UMS, Afief El Ashfahany berkata, ini kali pertama UMS membuat program antarabangsa dan sambutannya amat menggalakkan kerana pada mulanya UMS hanya menawarkan tempat sebanyak 20 pelajar namun atas minat dan keinginan pelajar untuk ke luar negara, penyertaan telah bertambah sehingga 37 peserta yang terdiri daripada 3 program utama di UMS iaitu Hukum Ekonomi Syariah, Pendidikan Agama Islam dan Hadis Tafsir. “Kami merasa aman dan hangat sekali atas sambutan yang diberikan oleh USIM dan juga Persatuan Global Buddies yang sangat rapat dan akrab bersama kami. Kenangan sepanjang berada di Malaysia khususnya USIM pasti tidak akan dilupakan,” kata Zayn yang merupakan salah satu peserta dari UMS. Pengisian program mobiliti kali ini turut diselitkan dengan aktiviti akademik seperti Guest Lecture oleh wakil pensyarah dari UMS yang menyampaikan syarahan berkaitan bidang pengajian masing-masing. Selain itu, para pelajar juga turut merasai pengalaman pembelajaran di USIM dengan mengikuti kelas pengajian bersama pensyarah USIM. Bagi mengeratkan hubungan strategis ini, USIM dan UMS juga telah menandatangani Surat Pernyataan Niat (LoI) di Bilik Seminar, Perpustakaan Universiti sebagai simbolik kerjasama yang berpanjangan di antara USIM dan UMS pada masa akan datang. Program Mobiliti Antarabangsa kali ini juga turut disertai oleh lima pelajar dari Persatuan USIM ‘Alamiyyah Global Buddies. Mereka ialah Syahrul Adam Salleh Ibrahim (Tahun 4, FSU), Muhammad Dhiyaulhaq Fudhail (Tahun 2, FSU), Nur Syahirah Ramli (Tahun 3, FSU), Norshafiqah Muhammad (Tahun 3, FSU) dan Siti Hawa Syafari Ishak (Tahun 3, FSU). Antara program dan aktiviti menarik yang berlangsung sepanjang program adalah Pertandingan Videografi Terbaik, Interactive Muamalat Games, International Public Speaking dan lawatan ke sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur. Objektif utama program ini adalah untuk memenuhi keperluan sokongan bagi kursus AEN2243 Kewartawanan Digital. Program ini turut dihadiri oleh pensyarah subjek Kewartawanan Digital, Dr. Afiqah Mior Kamarulbaid, yang berharap para pelajar dapat memahami dunia kewartawanan dengan lebih mendalam serta inisiatif ini dapat menarik minat para pelajar dalam bidang kewartawanan. Pelajar UMS Indonesia Melangkah ke Dunia Kewartawanan : Perkongsian Bersama Wartawan Harian Metro timba ilmu dan pengalaman di USIM melalui Program Mobiliti P rogram Komunikasi Media Baharu, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) USIM, telah menganjurkan program “Melangkah ke Dunia Kewartawanan: Perkongsian Bersama Wartawan Syafil Syazwan Jefri” yang berlangsung di Fakulti Kepimpinan Pengurusan USIM pada 27 Mei 2024. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar mengenai realiti kerjaya sebagai wartawan, memperkuat kemahiran praktikal dalam bidang kewartawanan digital, serta memupuk hubungan antara akademik dan industri. Sepanjang sesi perkongsian yang berlangsung selama dua jam ini, wartawan Syafil Syazwan Jefri berkongsi pengalaman laluan kerjayanya dalam industri kewartawanan sebelum menyertai Harian Metro, termasuk pengalamannya bekerja di Majalah Media Hiburan serta Majalah Maskulin. Syarif Najmi salah seorang peserta berkata, “Program ini sangat relevan dan berkesan dalam memberi kami banyak maklumat tentang perihal kewartawanan”. Rata-rata pelajar mengakui bahawa program ini memberikan banyak pendedahan dan maklumat berharga mengenai dunia kewartawanan. Program ini telah disertai oleh seramai 64 orang pelajar yang terdiri daripada mahasiswa tahun dua dan tiga Program Komunikasi Media Baharu. Aktiviti seperti ini diharapkan dapat terus dilaksanakan bagi memperkukuhkan lagi pemahaman pelajar tentang industri kewartawanan dan meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang tersebut. BeritaKampus 23
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=