e-Risalah April - Jun 2024

YB Senator Dr. Zulkifli Hasan rasmi ISRACornerdanMySIFBlockchain M ajlis perasmian International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA) Corner dan Malaysia Islamic Social Finance (MySIF) Blockchain telah dirasmikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertempat di Perpustakaan USIM pada 12 Jun 2024. ISRA Corner merupakan kerjasama antara USIM dengan Universiti International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF). Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapan aluannya berkata, penubuhan ISRA Corner merupakan inisiatif untuk memperkasakan pengetahuan berkaitan kewangan Islam dan menambahkan sumber pendidikan kewangan Islam, selain sebagai platform pelaksanaan program, bengkel, seminar dan lain-lain aktiviti. “ISRA Corner membantu meningkatkan tahap kebolehcapaian akses kepada sumber maklumat terkini berkaitan kewangan Islam menerusi platform repositori digital iaitu Islamic Finance Knowledge Repository (I-FIKR). Selain itu ISRA Corner juga menyediakan koleksi bahan maklumat bercetak seperti buku, jurnal dan sebagainya terbitan Universiti INCEIF”, beliau berkata lagi. Pada majlis yang sama turut dilancarkan Malaysia Islamic Social Finance (MySIF) Blockchain. MySIF Blockchain adalah produk hasil inovasi teknologi yang dibangunkan bersama oleh para penyelidik dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) dan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) USIM, dengan kerjasama pihak industri. “Dalam konteks ekonomi Malaysia yang dinamik dan berkembang pesat, teknologi memainkan peranan yang sangat penting dalam hal berkaitan dengan pengurusan dan tadbir urus sistem kewangan Islam. Teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI) misalnya, telah mempercepatkan transformasi digital di pelbagai sektor, termasuk sektor pendidikan dan kewangan Islam. Di peringkat universiti, kerjasama antara sektor swasta dan institusi akademik adalah kunci kepada peningkatan pendapatan dan kelestarian kewangan. Melalui kolaborasi ini, universiti dapat mengakses dana, kepakaran teknologi, dan peluang-peluang penyelidikan yang lebih luas, sekaligus mempersiapkan setiap individu yang berkaitan untuk menghadapi cabaran dunia moden, ujar YB Senator Dr. Zulkifli Hasan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam ucapan perasmiannya. Secara spesifiknya, penyelidik yang membangunkan produk ini adalah Prof. Madya Dr. Khairil Faizal Khairi, Dr. Hisham Sabri dan Dr. Nur Hidayah Laili dari FEM serta Dr. Azuan Ahmad dari FST. Projek ini memberi tumpuan kepada instrumen kewangan sosial Islam merangkumi wakaf, zakat, sedekah, infaq, dan pembiayaan mikro. Platform MySIF Blockchain yang mengguna pakai sistem kontrak pintar mampu meningkatkan tata kelola pengurusan institusi kewangan sosial Islam dan ketelusan proses pungutan dan pengagihan instrumen kewangan sosial Islam. Dengan adanya sistem real-time transaction, segala transaksi kutipan dan agihan zakat, wakaf, sedekah, infaq, serta pembiayaan mikro dapat diikuti dan diselidiki secara langsung dan telus. Program yang diterajui Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) USIM, Perpustakaan USIM dan Islamic Finance and Wealth Management Institute (IFWMI) USIM diharapkan mampu memberi manfaat dan impak yang positif kepada negara secara umumnya dan USIM secara khususnya. BeritaKampus 18

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=