e-Risalah April - Jun 2024

dalam konteks ekonomi, institusi zakat secara jelas dapat membantu meningkatkan kegiatan ekonomi dalam masyarakat dengan memberikan bantuan kewangan, latihan dan pelbagai bentuk program dalam memperkasakan kelestarian ekonomi golongan asnaf”, beliau berkata lagi. Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM dalam ucapannya berharap agar penganjuran muzakarah kali Ke 10 ini dapat memberikan manfaat dan idea dalam memperkasakan kutipan dan agihan zakat berdasarkan pendekatan Malaysia Madani dan enam rukun Malaysia Madani yang telah digariskan. “Saya juga amat yakin dengan penglibatan institusi zakat dan Majlis Agama Islam Negeri termasuk badan-badan yang berautoriti serta agensi-agensi lain yang terlibat hasil muzakarah ini akan memberi impak yang besar terhadap pemerkasaaan institusi zakat, pembayar zakat dan penerima zakat. Sebuah kerangka konsep Malaysia Madani dalam konteks institusi zakat dijangka akan dibangunkan hasil daripada muzakarah zakat pada kali ini”, ujarnya. Sebanyak sembilan sesi ucaptama telah diadakan bersama barisan panel yang terkemuka seluruh Malaysia. Antara penyampai ucaptama yang dijemput adalah dari Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, Pusat Pungutan Zakat MAIWP dan dari Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam (MKI), Bank Islam Malaysia Berhad, Pimpinan Bidang Perencanaan Kajian & Pengembangan Republik Indonesia (Baznaz RI) dan Mufti Wilayah Persekutuan. Pengisian Forum bertajuk “Kerangka Malaysia Madani dalam Konteks Menoktahkan Kemiskinan telah menampilkan tokoh-tokoh besar sebagai panel termasuklah Tuan Wildhan Dewayana CEO Inisiatif Zakat Indonesia (IZI), YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) serta YBhg. Prof Madya Dr. Azwan Abdullah, Ketua Bahagian Jaringan dan Data Raya, Institut Penyelidikan & Pengurusan Kemiskinan (InsPEK). Turut dilancarkan sebuah buku bertajuk ‘Institusi Zakat Dalam Membangun Malaysia MADANI’ yang ditulis oleh Profesor Dr. Azman Ab Rahman. Buku ini mengandungi 115 halaman dan mempunyai 3 bab yang membincangkan tentang konsep madani secara umum dengan menekankan sistem pengurusan zakat di Malaysia dari aspek defisini, sejarah dan madani menurut perspektif Islam. Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Bin Md Shaarani, menyatakan bahawa kerjasama ini adalah selaras dengan objektif USIM iaitu untuk memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara. “Kerjasama dengan Jabatan Mufti Negeri Kedah ini merupakan langkah strategik dalam usaha kita untuk memperkasa pendidikan Islam yang lebih inklusif dan relevan dengan keperluan semasa,” ujar beliau. Mufti Negeri Kedah, Sahibus Samahah Yang Berbahagia Dato’ Paduka Sheikh Fadzil Bin Haji Awang, mengalu-alukan kerjasama ini dan menekankan pentingnya sinergi antara institusi pendidikan tinggi dan jabatan agama dalam memperkukuh dan memperluas penghayatan ilmu Islam di kalangan masyarakat. “MoU ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, tetapi juga kepada ummah secara keseluruhan,” tambah beliau. MoU ini diterajui oleh Pusat Khazanah Ilmu Turath (U-KIT) dan Pusat Kemajuan Profesional dan Pendidikan Berterusan (USIM PACE). Dengan termeterainya MoU ini, diharapkan kerjasama di antara USIM dan Jabatan Mufti Negeri Kedah akan terus berkembang dan memberi impak positif yang berterusan dalam bidang pendidikan dan penyelidikan Islam di Malaysia. BeritaKampus 17

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=